• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Azizah, Najib Ucap Takziah Pemergian Abam Bocey

oleh
10/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JENAKA yang bersahaja dan idea Allahyarham Abam bersama kumpulan Bocey ketika hayatnya dahulu cukup memberi kesan di hati ramai peminat.

Atas sebab itu pemergian Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan secara mengejut pada Isnin memberi tamparan yang sangat hebat sehingga ramai yang meluahkan rasa sedih.

Tidak kurang juga beberapa pihak yang menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail antaranya mengucapkan takziah di atas pemergian pelawak terkenal itu.

“Takziah buat keluarga Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan (Abam Bocey).

“Semoga Allah SWT merahmati roh Allahyarham dan menempatkannya di kalangan mereka yang beriman,” tulisnya di akaun Twitter miliknya.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, berita mengenai pemergian Allahyarham Abam itu cukup mengejutkannya.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Berita yang sangat mengejutkan kita pagi ini. Saya diberitahu pelawak terkenal Abam Bocey telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al Fatihah,” tulis beliau di Facebook.

Bagi pengacara popular, Neelofa pula menyifatkan Allahyarham Abam sebagai seorang yang ikhlas.

“Setiap kali saya bekerjasama dan menemu bual Abam, ia pasti dipenuhi dengan keseronokan.

“Arwah sangat ikhlas, peramah dan lucu. Kehilangan yang cukup besar kepada industri.

“Salam takziah kepada Abam Bocey dan keluarga. Al-Fatihah,” tulisnya di Twitter.

Anggota kumpulan lawak Shiro, Shahrol menerusi status di akaun Facebook pula mendoakan yang baik-baik untuk Allahyarham Abam.

“Hujan renyai pagi ini seakan menangisi pemergian sahabat seperjuangan dalam bidang seni.

“Sahabatku.. semoga Allah swt menempatkanmu di kalangan golongan orang-orang yang beriman.. AlFatihah Abam Bocey,” katanya dalam status tersebut.

Allahyarham Abam mulai dikenali selepas menyertai rancangan realiti televisyen, Maharaja Lawak sejak 2013 dan menjuarai rancangan tersebut dua kali berturut-turut iaitu pada 2015 dan 2016 sebelum di tempat ketiga pada tahun lalu. – Astro AWANI

Tags: Abam Boceymeninggal duniaNajib Tun RazakpelawakWan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

21/03/2026
0

HOLLYWOOD, 21 Mac 2026 – Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian legenda seni mempertahankan diri dan pelakon terkenal, Chuck...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd