• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelan Damai Trump Hanya Tindas Palestin – Mahathir

oleh
08/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata pelan damai dinyatakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hanya akan mencetuskan lebih banyak konflik kepada Palestin dan membuatkan lebih banyak bantahan daripada jutaan penduduk di seluruh dunia.

Perdana Menteri menegaskan, pelan damai itu hanya memberi lebih banyak kuasa kepada Israel dan pada masa sama, terus menindas penduduk Palestin.

Beliau berkata, perjanjian yang dibentuk AS dan Israel tanpa membabitkan rundingan dengan Palestin itu bersifat berat sebelah, selain dilakukan bagi menghentikan usaha membawa keadilan dan keamanan kepada penduduk berkepentingan.

“Negara berkuasa seperti Amerika Syarikat yang banyak memperjuangkan mengenai keadilan dan prinsip ‘rule of law’ memilih untuk menghalalkan yang haram.

“Presiden Trump menghalalkan pendudukan Israel di Baitulmaqdis sebagai ‘deal of the century’ (pelan damai).

“Perjanjian ini tidak akan menjadikan Palestin negara berdaulat, sebaliknya hanya meningkatkan dominasi seperti aparteid terhadap jutaan orang Palestin.

“Kali terakhir ia berlaku ketika Jerman menduduki Danzig dan Sudetenland.

“Justeru, Malaysia melihat ia sama sekali tidak boleh diterima dan sangat tidak adil. Sungguh mengecewakan apabila selepas lebih tujuh dekad, hanya satu pihak iaitu Israel yang dilihat wujud terhadap ‘penyelesaian dua negara’ manakala rakyat Palestin masih berjuang untuk mendapat keadilan dan keamanan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kali ketiga yang berlangsung dua hari sehingga esok di sini, hari ini.

Liga Parlimen Al-Quds ialah gabungan ahli Parlimen seluruh dunia yang menyokong Al-Quds.

Sehingga kini, kira-kira 3,000 ahli Parlimen sudah menandatangani ikrar Al-Quds/Baitulmaqdis.

Hadir sama, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kali ketiga, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Antara delegasi yang menyertai persidangan ini ialah Presiden Liga Parlimen Al-Quds, Sheikh Hamid Abdullah Al-Ahmar dan Ketua Pentadbiran Himpunan Nasional Agung Turki (TNGA), Hasan Turan.

Pada masa sama, Dr. Mahathir berkata, dasar luar Malaysia terhadap Palestin kekal sejak berdekad lalu iaitu tetap menyokong Palestin dengan mengiktiraf Deklarasi Kemerdekaan Palestin pada 15 November 1988.

“Walaupun Malaysia mahu bersahabat dengan semua negara dan menghormati kedaulatan tanpa mengira kepercayaan ideologi, kita mesti kekal memperjuangkan ketidakadilan dan mempertahankan hak mereka yang tertindas,” katanya. – BH Online

Tags: Amerika SyarikatIsraelMahathir MohamadPalestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd