• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Paling Lama Di Angkasa Selamat Tiba Di Bumi

oleh
07/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAZAKHSTAN – “Saya penuh dengan rasa syukur kembali ke planet ini!” Demikian kata-kata Angkasawan Wanita Amerika Syarikat (AS), Christina Koch apabila selamat mendarat di Kazakhstan pada jam 3.12 petang waktu tempatan bersama dua rakannya, Luca Parmitano dari Agensi Angkasa Eropah dan Alexander Skvortsov dari Rusia semalam.

Koch adalah wanita pertama berada paling lama di ruang angkasa selepas 11 bulan menghuni Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Menerusi Twitter peribadinya, beliau melahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan misi malah memberi peluang buat dirinya berada di angkasa.

Beliau turut berkongsi foto gembira apabila tersenyum lebar dan menunjukkan tanda ‘thumbs up’ selepas dibawa keluar dari model terbaru Soyuz.

Memetik AP, kakitangan NASA itu berada di ruang angkasa selama 328 hari, sekali gus memberi peluang kepada penyelidik untuk melihat kesan kepada wanita yang berada lama di angkasa lepas.

Berbeza dengan Koch, Parmitano dan Skvortsov pula menamatkan misi selama 201 hari berada di ISS.

Difahamkan, Koch, 41, akan dibawa ke ibu pejabat NASA di Houston melalui Karaganda dan Cologne, Jerman untuk pemeriksaan perubatan.

Sebelum ini, rekod angkasawan wanita paling lama berada di ruang angkasa adalah selama 289 hari yang dipegang angkasawan veteran, Peggy Whitson. – Agensi

Tags: Amerika SyarikatAngkasawan WanitaChristina Koch
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd