• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Berangkat Ke Majlis Munaqasyah Agama Di Istana Negara

oleh
06/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri Di Bawah Naungan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Majlis yang bermula pada 10 pagi itu berlangsung kira-kira dua jam.

Menerusi kenyataan Istana Negara, Majlis Munaqasyah itu bertujuan untuk memantapkan lagi agensi-agensi agama di samping mendapat maklumat perkembangan hal ehwal agama Islam di negeri-negeri di bawah naungan Seri Paduka.

Negeri-negeri di bawah naungan Seri Paduka ialah Pahang, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak, seperti yang termaktub di bawah Perkara 3(2), 3(3) dan 3(5) Perlembagaan Persekutuan.

Majlis kali ketiga atas insiatif Seri Paduka itu dianjurkan bersama antara Istana Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kali pertama ia dianjurkan pada 20 Jun tahun lepas dan diikuti kali kedua pada 7 Oktober 2019.

Majlis hari ini turut disertai Ketua Pengarah Jakim, Datuk Paimuzi Yahya; Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar dan semua Pengerusi serta Yang di-Pertua Majlis Agama Islam, mufti dan Pengarah Jabatan Agama Islam negeri-negeri di bawah naungan Seri Paduka.

Antara kertas kerja dan taklimat yang dibentangkan kepada Seri Paduka ialah Peningkatan Status Ketua Hakim Syarie dan Hakim Syarie di Mahkamah Syariah; Pelaksanaan Dasar RAHMAH Dalam Pentadbiran Negara; dan taklimat Pemisahan Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Negeri Kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri.

Rumusan daripada pembentangan kertas-kertas kerja itu akan dikemukakan oleh Seri Paduka ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-256 yang dijadualkan berlangsung pada 19 dan 20 Februari ini.

Menurut kenyataan itu, Seri Paduka menzahirkan harapan agar majlis Munaqasyah kali ini bukan sahaja memantapkan, bahkan turut memartabat dan melancarkan lagi pengurusan hal ehwal Islam di negeri-negeri di bawah naungan baginda.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada semua pembentang dan peserta yang terlibat dalam menjayakan Majlis Munaqasyah kali ketiga itu.

Tags: Al-Sultan AbdullahMajlis Munaqasyah AgamaYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun...

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

11/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi di Tangga Selat Istana Besar di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd