• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Coronavirus: Jangan Pembelian Panik Topeng Mulut, Hidung

oleh
05/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan pembelian panik dengan mendapatkan topeng mulut dan hidung dalam jumlah yang besar kerana ia akan menimbulkan keresahan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kerajaan akan memastikan bekalan topeng mulut dan hidung mencukupi berikutan permintaan yang sangat tinggi susulan penularan wabak novel coronavirus 2019 (2019-nCov) pada masa ini.

“Itu (pembelian panik) akan menimbulkan keresahan yang tinggi. Sementara kerajaan berusaha supaya pihak yang bertanggungjawab memastikan bekalan (topeng mulut dan hidung) mencukupi, saya juga memohon kerjasama rakyat, tidak melakukan pembelian panik, pembelian dalam jumlah yang besar secara tiba-tiba,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat 20 Negara Serantau Pejabat Harta Intelek Berkaitan Sistem Madrid, di sini hari ini.

Pada pertemuan dengan pengeluar topeng mulut dan hidung tempatan minggu lalu, katanya, mereka telah diminta untuk meningkatkan pengeluaran dan import barangan berkenaan.

Saifuddin berkata, hampir 90 peratus bekalan topeng dalam negara yang kebanyakannya diperoleh dari China, Eropah, Amerika Syarikat dan Singapura sebelum ini adalah lebih kepada ‘surgical mask’, topeng industri serta penggunaan biasa yang sesekali meningkat apabila berlaku jerebu.

“Kementerian telah mengadakan pertemuan dengan pengimport dan juga pengeluar topeng mulut dan hidung pada minggu lalu, tujuannya untuk mendapatkan ‘fact finding’ memastikan bekalan mencukupi dengan harga di bawah harga kawalan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan peniaga supaya mematuhi kawalan harga kerana topeng mulut dan hidung adalah barangan harga terkawal mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Menegaskan kementerian telah mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga tidak munasabah bagi topeng mulut dan hidung, Saifuddin memberi jaminan pihaknya bersiap siaga sepenuhnya untuk mengadakan pemantauan.

Tags: 2019-nCoVcoronavirustopeng mulut hidung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saintis China Bincang Senjatakan Koronavirus Sejak 2015

11/05/2021
0

Saintis China Bincang Mensenjatakan Koronavirus Sejak 2015

Amerika Gesa China Tutup Pasar Jual Haiwan Liar

23/04/2020
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mahu China menutup pasar basah yang menjual haiwan liar di negara itu kerana ada kaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd