• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

oleh
03/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit mencatatkan penurunan sekali lagi apabila dibuka rendah pagi ini berikutan berita angka kematian akibat daripada 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) mencecah 361 orang, yang meningkatkan lagi kebimbangan pertumbuhan global akan terjejas teruk ekoran wabak ini.

Pada jam 9 pagi ini, ringgit berada pada 4.1020/2050 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0960/1000 pada Jumaat.

Ketua Pakar Strategi Pasaran AxiCorp Stephen Innes memberitahu Bernama, minggu ini dijangka mencabar bagi ringgit berikutan peningkatan aliran keluar modal apabila kebimbangan terhadap impak ekonomi daripada virus ini semakin meningkat.

“Saya cuba melihat apakah situasi kita dalam kecelaruan ini, tetapi negara-negara ASEAN dijangka terjejas teruk,” katanya.

Innes berkata, pasaran juga memantau dengan rapat tawaran People’s Bank of China kepada pasaran mata wang.

Bank pusat China itu dilaporkan akan membekalkan 1.2 trilion yuan kepada pasaran wang untuk meningkatkan pasaran kewangan dan membantu syarikat yang terjejas akibat daripada wabak tersebut.

“Kita perlu melihat bahawa keadaan semakin bertambah baik. Jadi, saya unjurkan jajaran dagangan pada 4.08-4.12 secara keseluruhannya,” katanya.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan itu turun sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0040/0080 daripada 2.9988/3.0032 pada Jumaat minggu lepas dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7803/7841 daripada 3.7581/7628.

Ringgit juga jatuh berbanding euro kepada 4.5458/5496 daripada 4.5167/5227 dan berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.4040/4083 daripada 5.3723/3792 sebelumnya.

Tags: Dolar ASkoronavirusRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd