• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pak Ya Tukang Gunting Rambut Tuanku Raja Perlis

oleh
03/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Ketika mula-mula belajar menggunting rambut 48 tahun lepas, Keria Seman tidak pernah terfikir akan menjadi tukang gunting rambut kepada Tuanku Raja Perlis.

Pada awalnya, Keria, 70, mengikuti kelas gunting rambut anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis pada tahun 1972 hanya sekadar suka-suka sebelum menyertai Pasukan Askar Wataniah di Bukit Kayu Hitam, Kedah pada tahun yang sama.

Keria adalah antara beberapa tukang gunting lama di Perlis tetapi masih mampu berdiri berjam-jam setiap hari untuk menggunting rambut para pelanggan.

Bagaimanapun, sesuatu yang tidak pernah diimpikannya itu menjadi kenyataan pada tahun 2014 apabila menerima titah daripada Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail untuk menggunting rambut baginda.

“Pada mulanya rasa kekok dan takut untuk saya melaksanakan tugas itu, tetapi atas titah tuanku saya tabah hati memenuhi titah baginda,” katanya ketika ditemui di kedai gunting miliknya di Lorong Wan Abdullah di sini baru-baru ini.

Menceritakan pengalamannya, Keria yang mesra dengan panggilan Pak Ya berkata, pada satu petang dia didatangi seorang petugas Istana Tuanku Raja menyampaikan titah tuanku bagi menggunting rambut baginda.

Sejak tarikh itu, tiap sebulan sekali dia tetap ke istana tuanku untuk menggunting rambut baginda dan tugas itu dilakukannya hingga sekarang.

“Sekarang saya tidak kekok lagi untuk mengadap dan menggunting rambut tuanku kerana tuanku seorang raja yang peramah dan berjiwa rakyat,” katanya.

Di samping sebulan sekali menjalankan tugas di istana, dia juga tetap ke kedainya setiap hari kecuali hari Ahad untuk menunggu pelanggan setia mulai jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang dan rehat antara jam 1.00 tengah hari hingga 3.00 petang.

Setiap pelanggan dewasa dikenakan bayaran RM10 seorang untuk upah menggunting dan cuci muka sementara bagi upah gunting rambut sahaja dikenakan bayaran RM8.

Katanya, bagi pelanggan murid sekolah rendah pula bayaran yang dikenakan antara RM4 ke RM5 seorang dan pelajar sekolah menengah antara RM6 ke RM7 seorang mengikut saiz badan mereka.

“Saya bersyukur kerana ditakdirkan hidup sebagai seorang tukang gunting kerana dapat mengenali ramai orang tanpa mengira bangsa, agama mahupun pangkat,” katanya.

Keria berkata, dia tidak bosan melakukan tugas harian kerana dapat berkongsi pelbagai maklumat dengan pelanggan.

“Biasanya pelanggan ajak borak pelbagai isu antaranya politik, ekonomi dan semasa, dari situ Pak Ya dapat berkongsi maklumat dan kenal ramai orang tanpa mengira bangsa sama ada Melayu, Cina, India mahupun Siam,” katanya,

Keria berkata, dia akan terus menggunting rambut selagi sihat walaupun disahkan menghidap penyakit kencing manis baru-baru ini.

“Kerja menggunting rambut sebati dalam diri Pak Ya dan saya akan teruskannya selagi sihat,” katanya.

Tags: tuanku raja perlistukang gunting rambut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tukang Gunting Rambut Didakwa Memiliki 900 Liter Air Ketum

Tukang Gunting Rambut Didakwa Memiliki 900 Liter Air Ketum

27/11/2024
0

IPOH - Seorang tukang gunting rambut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu atas pertuduhan memiliki 900 liter air ketum....

Pilih Antara Stail Rambut Vin Diesel, Ben Amir

12/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Selepas tular di laman sosial aksi beberapa lelaki memakai ‘baju kelawar’ menjadi perhatian Perdana Menteri, Tan Sri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd