• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Coronavirus: Udara Dalam Pesawat Melalui Tapisan HEPA

oleh
03/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sistem pengudaraan yang baik dalam pesawat menyebabkan risiko jangkitan novel coronavirus (2019-nCoV) antara penumpang menaiki penerbangan sama adalah sangat rendah.

Malaysia Airlines Berhad (MAB) menjelaskan, berdasarkan maklumat syarikat pengeluar pesawat, udara di dalam kabin dikitar semula selepas melalui tapisan udara partikel keberkesanan tinggi (HEPA).

“Ini bermaksud kebarangkalian untuk anda terdedah kepada bakteria dan virus menerusi kitaran udara (dalam pesawat) adalah sangat rendah.

“Malah, disebabkan sistem pengudaraan yang baik dan sangat berkesan, udara di dalam kabin pesawat adalah lebih bersih berbanding bangunan pejabat serta setaraf kualiti di kebanyakan hospital.

“Bagaimanapun, marilah kita menerapkan amalan menjaga kebersihan diri dan kerap membasuh tangan, selain mematuhi etika ketika bersin atau batuk dalam khalayak umum,” katanya dalam satu kenyataan.

Coronavirus yang dikesan tercetus dari pasar makanan laut di Wuhan, wilayah Hubei, China, sejak Disember lalu sudah mengorbankan lebih 360 nyawa dan menjangkiti lebih 17,300 orang.

Setakat ini, virus baharu yang mengundang risiko tinggi dalam kalangan orang tua, kanak-kanak dan bermasalah kesihatan itu telah merebak meliputi lebih 25 negara seluruh dunia, termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura. – BH Online

Tags: 2019-nCoVcoronavirusHEPAkabin pesawatMAB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saintis China Bincang Senjatakan Koronavirus Sejak 2015

11/05/2021
0

Saintis China Bincang Mensenjatakan Koronavirus Sejak 2015

Amerika Gesa China Tutup Pasar Jual Haiwan Liar

23/04/2020
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mahu China menutup pasar basah yang menjual haiwan liar di negara itu kerana ada kaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd