• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saham AirAsia, AirAsia X Jatuh Susulan Dakwaan Rasuah

oleh
03/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saham AirAsia Group Bhd. dan AirAsia X Bhd. di Bursa Malaysia jatuh dalam dagangan aktif selepas laporan yang mendakwa eksekutif kedua-dua syarikat itu terlibat dalam rasuah.

Pada jam 10.01 pagi, saham AirAsia Group turun 13 sen atau 9.09 peratus kepada RM1.30 dengan 20.95 juta bertukar tangan manakala AirAsia X jatuh satu sen atau 7.69 peratus kepada 12 sen dengan 18.11 juta saham diniagakan.

Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam satu kenyataan semalam berkata, ia akan meneliti kenyataan fakta dalam kes Regina menentang Airbus SE yang mendedahkan beberapa dakwaan terhadap AirAsia Group Bhd. dan AirAsia X Bhd.

AirAsia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin menafikan dakwaan itu dengan menyatakan ia tidak terlibat dalam sebarang penyiasatan oleh UK Serious Fraud Office (SFO) terhadap pengeluar pesawat Eropah, Airbus, ataupun diberikan sebarang peluang untuk menyediakan maklumat atau penjelasan kepada SFO.

Ia merujuk kepada sebuah artikel bertajuk “AirAsia directors/staff got RM240 mil bribe from Airbus, court docs say” dalam beberapa media berkaitan dengan “Deferred Prosecution Agreement” yang dimeterai oleh Airbus SE dan SFO pada 31 Januari lalu.

Artikel itu mendakwa perjanjian tertentu oleh AirAsia untuk menempah pesawat Airbus yang menyaksikan salah laku berkaitan penajaan sebuah pasukan sukan yang dimiliki bersama oleh eksekutif AirAsia.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah memulakan siasatan terhadap dakwaan ke atas kedua-dua syarikat itu dengan menghubungi pihak berkuasa di United Kingdom.

Tags: AirAsiaAirAsia Xrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR, 22 April – Suasana tegang tercetus dalam sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur apabila seorang penumpang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd