• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Usain Bolt Malaysia’ Sasar Beraksi Di Olimpik 2024

oleh
31/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Remaja terpantas di dunia, Muhammad Azeem Mohd Fahmi meletakkan sasaran untuk menyertai temasya Olimpik Musim Panas 2024 yang akan diadakan di Paris, Perancis.

Terkenal dengan jolokan “Usain Bolt Malaysia”, Muhammad Azeem, 16, memberi keyakinan untuk mendapatkan bentuk fizikal yang mampu memberi saingan kepada peserta lain dalam masa empat tahun lagi.

Bagaimanapun, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, di sini itu berazam untuk memperbaiki catatan masa peribadi terlebih dahulu menerusi beberapa kejohanan yang akan disertai tahun ini.

“Untuk tahun ini saya akan menyertai kira-kira lima atau enam kejohanan peringkat antarabangsa selain beberapa kejohanan peringkat tempatan. Sasaran saya adalah memecahkan rekod peribadi acara 100 meter(m) iaitu 10.57 saat(s) dan 200m 21.15s sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas program Ikon Pelajar Bank Simpanan Nasional (BSN) di SMK Gunung Rapat di sini pada Khamis. 

Muhammad Azeem digelar remaja terpantas di dunia selepas mencatat 10.57s dalam acara 100m semasa Kejohanan Olahraga Terbuka BJSS-Innotex November lalu, selain menggegar trek 200m dengan masa 21.15s dalam Kejohanan Sekolah-Sekolah Sukan Thailand (TSSG) di Khon Kaen, Thailand, Ogos lepas.

Mengenai pemilihan sebagai Ikon Pelajar BSN yang pertama, Muhammad Azeem berkata ia akan menjadi pembakar semangat untuk dirinya terus berjaya dalam bidang akademik dan sukan.

Terdahulu, pada majlis itu BSN mengumumkan Muhammad Azeem sebagai Ikon Pelajar BSN bagi tahun 2020-2022 berikutan pencapaian memberangsangkannya dalam bidang sukan dan akademik.

Ketua Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd Ghani berkata pemilihan Muhammad Azeem sebagai Ikon Pelajar BSN bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar lain untuk cemerlang dalam bidang sukan dan akademik.

“Muhammad Azeem akan menerima tajaan RM20,000 merangkumi pembiayaan pelajaran dan perlindungan takaful BSN Fitrah menerusi PruBSN selama dua tahun,” katanya.

Tags: Muhammad Azeemolimpik musim panas 2024usain bolt malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 15 Tahun Ini Bakal Jadi ‘Usain Bolt’ Malaysia?

23/04/2019
0

LARIAN seorang pelajar yang menyertai acara 100 meter di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019 (MSSM) menjadi bualan hangat para...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd