• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ah Long Jual Kad ATM RM300

oleh
30/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINDIKET pinjaman wang haram atau Ah Long dikesan menjual kad juruwang automatik (ATM) peminjam hanya RM300 kepada pihak tertentu bagi mengaut keuntungan mudah.

Kegiatan itu terbongkar berikutan beberapa tangkapan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebelum ini.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, hasil soal siasat mendapati sindiket itu dipercayai menjual kad ATM milik peminjam mereka.

Beliau berkata, ada di kalangan ahli sindiket itu tugasnya hanya mencari kad ATM sebelum menjualnya semula dengan harga yang murah iaitu RM300 sekeping.

“Biasanya peminjam yang ingin membuat pinjaman kepada Ah Long akan menyerahkan kad ATM sebagai cagaran, namun tidak menyedari kad berkenaan akan dijual kepada pihak tertentu.

“Apabila ada kemasukan wang, mangsa tidak boleh memeriksa akaun kerana ia sudah dijual kepada pihak lain,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Alor Setar, hari ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Hal Ehwal Pesara Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Afandi Senin dan Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Muhammad Azlee Abdullah.

Menurutnya, sepanjang tahun lalu, pihaknya berjaya melengkapkan 25,000 kertas siasatan membabitkan pelbagai kes penipuan di negara ini dengan jumlah kerugian membabitkan RM6.2 billion.

Katanya, sebanyak 15,000 tangkapan dilakukan pada tahun lalu membabitkan pelbagai penipuan membabitkan suspek tempatan dan luar negara.

“Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan tidak mudah memberi kad ATM kepada pihak lain kerana bimbang disalahgunakan pihak tertentu,” katanya. – myMetro Online

Tags: Kad ATMpinjaman wang haramSindiket Ah Long
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

29/03/2023
0

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.” Ikuti Mynewshub: Telegram Demikian antara notis hendak disampaikan...

Ejen Ah Long Ditahan ‘Pegang’ 40 Kad ATM

30/05/2022
0

KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga asing yang juga ejen sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau 'Ah Long' ditahan bersama 40...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd