• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shafee Tak Boleh Ulas Kes Najib Saman Kit Siang

oleh
30/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak enggan mengulas mengenai permohonan anak guamnya menuntut supaya penasihat DAP, Lim Kit Siang mengemukakan surat tunjuk sebab susulan penerbitan satu artikel berkaitan dana RM42 bilion SRC International Sdn. Bhd.

Muhammad Shafee ketika ditemui media pagi tadi berkata, mereka tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan selepas menemui Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali di kamarnya pagi tadi.

“Kami tidak boleh kata apa-apa. Tiada pendedahan dan kita tidak dapat beritahu anda (media) apa yang berlaku (di dalam kamar Nazlan),” kata Muhammad Shafee.

Pagi tadi, Muhammad Shafee dilihat memasuki kamar Mohd Nazlan pada jam 9.45 pagi dan keluar kira-kira 45 minit kemudian.

Tarikh pengurusan kes akan ditetapkan pada satu masa terdekat.

Pada 29 November lalu, Najib, 67, menuntut Kit Siang, portal berita Malay Mail, dan seorang pemberitanya, menunjukkan sebab mengapa mereka tidak boleh dianggap menghina mahkamah berhubung penerbitan satu artikel bertajuk “Kit Siang: High Court decision on Najib and Tanjung Piai by election outcome will indicate where Malaysia headed towards”, yang dimuat naik pada 9 November.

Hakim Mohd Nazlan pada 11 November lalu mengarahkan Najib supaya membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan dalam perbicaraan SRC, selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib.

Najib sedang berhadapan dengan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dengan dana SRC International Sdn. Bhd. yang berjumlah RM42 bilion. – Sinar Harian

Tags: Lim Kit SiangNajib Tun RazakShafee AbdullahSRC International
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

PMX Anwar Nafi DAP ‘Tidak Melayu’, Abdul Hadi Tandatangan Dokumen Pakatan Rakyat

PMX Anwar Nafi DAP ‘Tidak Melayu’, Abdul Hadi Tandatangan Dokumen Pakatan Rakyat

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang mendakwa DAP 'tidak Melayu' sambil mengingatkan tentang dokumen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd