• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Britain Dapat Kelulusan Keluar EU

oleh
30/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BRUSSELS – Parlimen Eropah memberi kelulusan kepada Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU), sekali gus membuka jalan bagi negara itu untuk keluar daripada blok tersebut pada hari Jumaat.

Selepas perdebatan penuh emosi emosi, yang mana beberapa perwakilan menangis, akhirnya penggubal undang-undang EU mengundi 621 untuk menyokong manakala 49 menentang perjanjian Brexit yang dimeteraikan antara Britain dan 27 negara anggota lain pada Oktober lalu.

Kelulusan ini diberikan selepas lebih daripada tiga tahun sejak rakyat Britain mengundi untuk keluar EU.

Terdahulu, duta besar Britain ke EU menyerahkan dokumen yang merumuskan Brexit kepada pegawai kanan EU.

Berlatarbelakangkan bendera British dan EU di ibu pejabat Brussels, Tim Barrow, tersenyum, menyerahkan fail kulit berwarna biru gelap dengan lambang United Kingdom.

Britain akan meninggalkan blok yang disertainya pada tahun 1973 pada tengah malam pada waktu Brussels (2300 GMT) hari Jumaat, yang mana bendera Britain akan dikeluarkan daripada pejabat-pejabat EU dan bendera EU akan diturunkan di sana United Kingdom.

Dengan tempoh peralihan status quo yang berjalan hanya sehingga akhir tahun, perbincangan baru – yang meliputi segala-galanya dari perdagangan kepada keselamatan – akan bermula tidak lama lagi untuk hubungan baru.

“Kami sedang menimbangkan perjanjian perdagangan bebas sifar, sifar kuota. Tetapi prasyaratnya ialah perniagaan EU dan Britain terus bersaing. Kami pastinya tidak akan mendedahkan syarikat kami kepada persaingan yang tidak adil,“ kata ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen.

Ketua perunding EU, Michel Barnier memberitahu kepada 27 perwakilan bahawa perjanjian persekutuan yang longgar seperti EU dengan Ukraine harus menjadi asas bagi hubungan baru, kata sumber diplomatik.

“Kami tidak mahu rugi dalam isu-isu yang penting kepada kami,” kata Barnier, menurut sumber yang hadir dalam taklimat tertutup. – Agensi

Tags: brexitBritainKesatuan EropahUnited Kingdom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan arahan pembekuan ke atas aset milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd