• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kasitah Kemuka Representasi Berhubung RM100,000

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam akan mengemukakan representasi kepada pihak pendakwaan berhubung wang RM100,000 yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa mempunyai kaitan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Sasila Basri yang mewakili Kasitah memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh bahawa pihaknya akan menghantar representasi kali kedua terhadap permohonan pihak pendakwaan untuk melucut wang itu setelah representasi sebelum ini ditolak.

“Pihak kami menerima keputusan representasi ditolak petang semalam namun setelah berbincang dengan anak guam saya, beliau ingin mengemukakan representasi kali kedua dan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM, Nik Haslinie Hashim berkata, pihak pendakwaan dan pembelaan telah memfailkan hujahan kepada mahkamah dan memohon tarikh bicara pada 3 Mac ini.

Permohonan lucut hak itu difailkan pendakwaan terhadap Kasitah tersebut mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Ahmad Shahrir menetapkan 3 Mac untuk perbicaraan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya pada sidang akhbarnya tahun lepas berkata, permohonan perlucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Latheefa berkata, tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang mana suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tags: 1MDBkasitah gaddamSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd