• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOTAC Tubuh Jawatankuasa Pantau Coronavirus

oleh
29/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menubuhkan Tourism Recovery Committee bagi memantau perkembangan semasa berhubung isu coronavirus (2019-nCoV).

Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi, berkata jawatankuasa itu berperanan untuk memberi khidmat nasihat dan penjelasan kepada pelancong mengenai langkah yang perlu diambil bagi mengelak dijangkiti virus berkenaan sepanjang berada di negara ini.

“Hebahan itu termasuklah cara penjagaan kesihatan diri yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamaddin berkata, jawatankuasa itu juga berperanan menjaga keselamatan pelancong dan memastikan mereka berada dalam keadaan selesa dan yakin berdasarkan langkah kawalan yang dilaksanakan kerajaan dalam menangani isu itu.

“Ini termasuklah menyokong usaha KKM mengadakan saringan kesihatan kepada semua pelancong yang masuk ke negara ini sama ada menggunakan laluan udara, laut dan darat,” katanya.

Jawatankuasa itu juga akan merancang dan merangka tindakan positif untuk mencari pasaran baharu bagi menggantikan sektor pelancongan khususnya dari negara China yang terjejas akibat serangan virus ini.

“MOTAC akan sentiasa mengadakan kerjasama rapat dengan pemain industri bagi memastikan sektor pelancongan tidak terjejas dan beroperasi seperti biasa walaupun wujud kekangan akibat penularan virus itu di Malaysia.

“Ini termasuklah bersetuju membenarkan pihak syarikat penerbangan membuat pemeriksaan terhadap semua penumpang yang menaiki pesawat mereka,” katanya.

Mohamaddin berkata, Malaysia mengalu-alukan pendekatan China yang menghalang penduduk Wuhan, Hubei dan kawasan sekitarnya meninggalkan wilayah berkenaan bagi mengelak penularan jangkitan.

Beliau turut menyokong keputusan kerajaan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY (kemudahan tanpa visa), visa semasa ketibaan, e-visa dan visa manual untuk pelancong China dari Wuhan dan Hubei yang merupakan pusat jangkitan coronavirus.

“Malaysia mempunyai pengalaman berhadapan dengan serangan jangkitan penyakit sebelum ini dan akan berjaya menangani isu coronavirus,” katanya.

Tags: 2019-nCoVcoronavirusKKMMOTAC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd