• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koronavirus: Agong Titah Semua Masjid Adakan Solat Hajat

oleh
28/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid mengadakan solat hajat dan doa selamat bagi memohon kepada ALLAH SWT agar memelihara negara dan rakyat daripada sebarang penyakit tidak diingini susulan peningkatan wabak koronavirus di China dan negara lain termasuk Malaysia.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah sentiasa mengikuti perkembangan terkini wabak tersebut dan begitu prihatin serta bimbang dengan keselamatan diri juga kesihatan rakyat yang berada dalam negara serta di luar negara.

Katanya, tambah lagi peningkatan jumlah kes positif jangkitan koronavirus dan kematian di seluruh kawasan yang terjejas di China.

“Baginda menyeru kepada rakyat untuk memperbanyakkan doa agar Malaysia dan dunia dilindungi daripada wabak berkenaan.

“Baginda juga berharap semua usaha dilakukan pihak-pihak berkuasa tempatan dan di kawasan-kawasan yang terjejas dalam menangani gejala wabak itu dipermudahkan serta situasi kehidupan insan dapat dipulihkan seperti sedia kala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah turut mengulangi nasihat baginda sebelum ini kepada rakyat untuk sentiasa mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini wabak koronavirus hanya dari saluran rasmi Kementerian Kesihatan (KKM), agensi kerajaan serta media arus perdana dan bukannya dari sumber tidak sahih yang boleh mencetuskan rasa cemas atau mengganggu ketenteraman dalam kalangan rakyat.

“Baginda menyeru rakyat agar sentiasa mengikuti nasihat dan saranan langkah pencegahan serta amalan kesihatan seperti digariskan KKM,” katanya.

Tags: Al-Sultan Abdullahdoa selamatkoronavirussolat hajatYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Ibrahim Terima Kunjungan Dave Williams, Cucu Pencipta Bersama ‘The Flintstones’

Sultan Ibrahim Terima Kunjungan Dave Williams, Cucu Pencipta Bersama ‘The Flintstones’

01/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima kunjungan Dave Williams, yang merupakan cucu kepada William Hanna, pencipta...

PM Anwar Menghadap Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor

PM Anwar Menghadap Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor

24/04/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd