• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dipercayai Mabuk Melanggar 11 Kenderaan

oleh
27/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Seorang pemandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol merempuh sebelas kenderaan lain di kawasan parkir di Flat Taman Kota Pendamar 2, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian 9.35 malam itu, pemandu berusia 46 tahun itu dipercayai memandu dari Pendamar Indah menghala ke Pelabuhan Klang. sebelum melanggar pelbagai kenderaan di flat terbabit.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata pemandu itu kemudian mengundurkan kenderaannya dan melanggar beberapa kenderaan lain.

“Suspek cuba melarikan diri sebelum kenderaan pacuan empat roda dipandunya terhenti selepas melanggar tiang elektrik.

“Kesemua kenderaan yang dilanggar berada dalam keadaan parkir dan tiada kecederaan akibat kemalangan dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsul Amar berkata, ujian awal terhadap pemandu terbabit juga mendapati kandungan alkohol dalam darahnya melebihi paras yang dibenarkan.

“Pemandu terbabit dihantar untuk menjalani ujian air kencing dan permohonan reman akan dibuat pada pagi ini,” katanya.

Pada masa sama, Shamsul Amar berkata, setakat ini hanya lapan pemilik kenderaan termasuk pemandu terbabit yang membuat laporan polis berhubung insiden itu.

“Antara kenderaan yang dilanggar adalah kereta, kenderaan pacuan empat roda serta motosikal,” katanya.

Siasatan di lokasi kejadian juga mendapati, tiada kamera litar tertutup (CCTV), malah keadaan permukaan jalan adalah kering dan tidak hujan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) dan Seksyen 45a (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sejak semalam, video kejadian yang dipercayai di rakam penduduk di kawasan berkenaan tersebar melalui media sosial seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp. – BH Online

Tags: pemandu mabukrempuh kenderaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd