• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,209 Warga China Masuk Pulau Pinang Negatif Koronavirus

oleh
27/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seramai 1,209 warga China yang masuk ke Pulau Pinang melalui Jeti Swettenham, di sini dengan sebuah kapal persiaran pada 6.15 pagi hari ini disahkan bebas 2019 novel koronavirus.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang, Muhamad Husni Mahmud berkata kesemua pelancong itu transit di negeri ini sebelum belayar ke destinasi seterusnya ke Phuket, Thailand pada jam 5 petang tadi.

“Semasa ketibaan mereka, petugas-petugas dari Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP)  telah membuat pemeriksaan dan saringan tahap kesihatan kesemua penumpang dan kru kapal sebanyak dua kali sebelum pemeriksaan dokumen oleh pihak imigresen.

“Tiada seorang (pelancong dari China) itu yang dikesan atau dirujuk oleh petugas JKNPP Jabatan Kesihatan kepada pihak kita (Imigresen). Ertinya, tiada yang disyaki pembawa virus berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhamad Husni berkata kapal persiaran itu dalam perjalanan dari Singapura ke Pelabuhan Klang, Selangor sebelum singgah di Pulau Pinang dan meneruskan perjalanan ke Phuket,Thailand.

Sementara itu Exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Yeoh Soon Hin ketika dihubungi Bernama turut mengesahkan kapal berkenaan adalah dari Singapura.

Yeoh berkata kapal itu hanya berlabuh di negeri ini selama tujuh jam sebelum meneruskan perjalanannya.

Dalam pada itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow turut meminta semua pihak agar tidak menimbulkan suasana panik berhubung penularan gambar yang tular di media sosial berkenaan.

Tags: koronavirusPulau PinangWarga China
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

02/12/2025
0

SHAH ALAM: Seramai 24 warga asing dipercayai terbabit sindiket penipuan secara dalam talian dengan bekerja di pusat panggilan, ditahan menerusi...

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd