• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kobe Bryant Terbunuh Nahas Helikopter

oleh
27/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SACRAMENTO – Legenda bola keranjang Amerika Syarikat, Kobe Bryant terbunuh selepas helikopter peribadinya terhempas dan terbakar di California semalam.

Nahas terbabit berlaku di pinggir bandar Calabasas kira-kira jam 9.47 pagi (waktu tempatan).

Lapor media tempatan, empat individu lain termasuk anak perempuan Bryant berusia 13 tahun turut terbunuh dalam nahas tersebut.

Jabatan Bomba Los Angeles berjaya memadam sepenuhnya kebakaran pada ham 10.30 pagi dan laporan awal mengatakan nahas berpunca akibat kabus tebal.

Bryant, 41, dipercayai dalam perjalanan menghantar anak keduanya, Gianna ke Akademi Mamba di Thousand Oaks bagi menjalani latihan bola keranjang.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca sebenar kejadian.

Juara NBA lima kali itu beraksi bersama Los Angeles Lakers selama 20 tahun dan bersara pada April 2016.

Pencapaian terbaik Bryant dalam arena bola keranjang apabila diangkat sebagai pemain NBA paling berharga (MVP) pada 2008.

Bryant pernah merangkul Oscar untuk filem animasi pendek ‘Dear Basketball’ pada 2018.

Selain bola keranjang, Bryant turut meminati bola sepak selepas jatuh cinta dengan sukan itu ketika membesar di Itali. – Agensi

Tags: Amerika Syarikatkobe bryantlagenda bola keranjangnahas helikopter
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd