• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muafakat Nasional Alternatif Terbaik Ganti PH

oleh
24/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Muafakat Nasional perlu dijadikan sebagai alternatif terbaik menggantikan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) mahupun Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sehubungan itu pimpinan dan ahli parti harus bijak menghuraikan naratif kerjasama UMNO-PAS itu untuk meyakinkan rakyat.

Menurutnya, lima kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRK sebelum ini jelas menunjukkan rakyat masih menyokong parti itu, namun ia bukan petanda gabungan itu juga akan menang PRU tanpa berusaha.

“Bila sampai PRU nanti, kita tak boleh andaikan keputusan cemerlang PRK mencerminkan keputusan PRU. Ia menuntut kita untuk tampilkan alternatif dan naratif yang lebih baik. Muafakat Nasional bukan sahaja gabungan kerjasama UMNO-PAS, kita mesti huraikan naratif yang meyakinkan rakyat,” katanya pada sidang media selepas program Santai Bossku Bersama Masyarakat Parlimen Pokok Sena di Restoran Gemilang Kitchen, Hutan Kampung di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat BN berkata, ia akan menentukan kejayaan Muafakat Nasional bersama sokongan rakan komponen lain, termasuk pihak yang ingin menyatakan sokongan kepada gagasan tersebut.

“Dari segi sokongan rakyat sejak lima PRK lalu, menunjukkan sokongan kepada BN dan Muafakat Nasional semakin meningkat. Tempat yang kita dikatakan tidak boleh menang seperti Tanjung Piai dan Kimanis menunjukkan keputusan sebaliknya,” katanya.

Menurutnya, ini membuktikan rakyat semakin hari semakin sedar dan bijak membuat perbandingan antara pemerintahan BN dan PH.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa PH boleh menjadi kerajaan sepenggal jika tidak melakukan perubahan, susulan kekalahan lima PRK selain dilihat bergaduh sesama sendiri, Najib berkata, ia memberi kelebihan kepada BN.

“Keputusan PRK kebelakangan ini, beri kita keyakinan yang lebih kepada BN dengan syarat kita perlu padu, tidak berbalah sesama sendiri dan huraikan dasar serta naratif yang meyakinkan kepada rakyat,” katanya.

Menurutnya, kelebihan lain yang BN miliki adalah kerajaan pimpinannya tidak pernah membuat janji-janji palsu kepada rakyat.

“Kelebihan yang ada pada kita, rakyat akan lebih yakin pada BN sebab kita tak pernah menipu atau bohong rakyat waima kita berdepan cabaran besar untuk menang PRU akan datang,” katanya. – Sinar Harian

Tags: muafakat nasionalpakatan harapanPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd