• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi Dedah Pelan Litar Baharu F1 2023

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Arab Saudi mendedahkan pelan terperinci litar perlumbaan baharu sukan permotoran Formula 1 untuk diperkenalkan mulai tahun 2023.

Litar yang dinamakan sebagai Litar Qiddayah adalah sebahagian daripada hub hiburan baharu dan kompleks sukan di luar pusat Riyadh.

Ia direka bentuk oleh bekas pelumba F1 Alexander Wurz.

Ketua Pegawai Eksekutif Mike Reininger memberitahu BBC Sports bahawa litar baharu itu akan bersiap untuk menganjurkan Grand Prix F1 pada 2023.

“Kami membina kemudahan dengan harapan perlumbaan F1 yang baharu, serba menarik dan menghiburkan disediakan di Saudi,” katanya.

Menurutnya, rundingan berkaitan projek itu sedang berlangsung antara kerajaan Saudi dan F1.

Tambah beliau, langkah formal perlumbaan adalah bukan demi manfaat kami di Qiddayah.

“Ia sebenarnya di luar skop projek berkenaan untuk menyediakan platform pelancongan Saudi di mata dunia menerusi sukan permotoran F1.

“Kami menyediakan fasiliti ini bagi membolehkan F1 menganjurkan satu acara yang betul-betul berkelas dunia dan produk utama yang ditawarkan di Qiddayah setelah dibuka pada 2023 nanti,” tegasnya.

Katanya dia tidak terlibat langsung dalam rundingan itu, sebaliknya lembaga permotoran FIA sedang mengusahakan kelulusan dan pelaksanaan projek mega itu.

Sumber dalaman menyatakan setakat ini Arab Saudi belum memuktamadkan projek itu tetapi F1 enggan mengulas lanjut mengenai status itu.

Litar baharu itu diperkenalkan dalam satu majlis pada Jumaat lalu yang mana litar itu didemonstrasikan dalam simulasi.

Damon Hill selaku juara dunia F1 1996 antara tetamu undangan bersama bekas pelumba F1 yang lain, David Coulthard dan Nico Hulkenberg yang hadir ke majlis tersebut.

Litar baharu itu adalah bertaraf gred satu FIA yang mampu menganjurkan kedua dua sukan permotoran F1 dan Motor GP.

Ketika ini F1 Abu Dhabi dan Bahrain dua acara F1 yang diadakan di benua Timur Tengah itu.

Penambahan Qiddayah akan menguatkan lagi pengaruh dan pelaburan negara Timur Tengah dalam sukan permotoran F1 untuk mempromosikan pelancongan. – Agensi

Tags: Arab SaudiFormula 1Litar Qiddayah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Arab Saudi Dilapor Perluas Kilang Peluru Berpandu 200 Kilometer Dari Riyadh

Arab Saudi Dilapor Perluas Kilang Peluru Berpandu 200 Kilometer Dari Riyadh

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Kemudahan baharu dijangka berpotensi menyokong pengeluaran seawal penghujung 2026, namun jenis peluru berpandu dan kerjasama dengan Beijing belum...

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd