• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Portal Berita Tempatan Dimiliki Warga Asing

oleh
22/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sebuah firma perunding komunikasi media dan pemasaran, Citrine One Sdn. Bhd. (Citrine One) mendedahkan bahawa terdapat portal berita yang beroperasi di negara ini tetapi dimiliki oleh warga asing.

Bagaimanapun Pengasas dan Ketua Penasihat Komunikasi Krisis Citrine One, Ivlynn Yap Cheng Theng tidak mendedahkan nama portal berita berkenaan.

Sebaliknya Ivylnn menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara tersebut.

Dalam pada itu katanya, semua agensi berita di negara ini perlu memiliki lesen atau permit sah dengan mematuhi etika kewartawanan secara profesional.

“Kita harus faham media alternatif ada bukan cetak dan ada dalam bentuk portal yang tulis berita politik serta lain-lain.

“Mungkin dikawal atau dikelola oleh pemilik portal. Ada beberapa portal, pemiliknya adalah bukan warganegara Malaysia.

“Daripada pemerhatian kami mendapati ada portal yang membangkitkan isu sensitif untuk dapat ‘like’ dan trafik yang banyak,” katanya.

Ivlynn berkata demikian selaku panelis Wancana Sinar Harian Siri 151 bertajuk Rukun Negara: Di Manakah Nilai-Nilai Hidup Rakyat Malaysia? di Dewan Karangkraf di sini malam tadi.

Wacana tersebut turut dibarisi dua panelis lain iaitu Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri, Profesor Madya Datuk Dr. Marzuki Mohamad dan Pensyarah Sosialis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Sivamurugan Pandian.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Arba, Azlan Shah Nabees Khan sebagai moderator.

Menurut Ivlynn, terdapat penulis di portal berita yang tidak mempunyai latihan sebagai wartawan profesional.

Katanya, wartawan bukan sekadar menulis dengan memetik pihak tertentu sebaliknya memastikan kesahihan sesuatu perkara.

“Apa yang perlu kita fokus sekarang ialah wartawan alam maya. Misalnya bila ada kemalangan, tulis Cina langgar Melayu, India langgar Cina dan sebagainya.

“Dalam kewartawanan, perkara ini dilarang. Tidak boleh tulis bangsa, kita mesti patuh dan tegakkan prinsip Rukun Negara.

“Kita semua kena main peranan. Jangan tulis perkara membuatkan orang lain beremosi tidak baik,” katanya. – Sinar Harian

Tags: citrine onekewartawananportal beritawarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd