• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendigitalan Mahkamah, Mudahkan Proses Keadilan

oleh
21/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Badan Kehakiman negara kini bukan sahaja dalam proses pendigitalan, tetapi juga memperkenalkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan akses yang lebih mudah kepada keadilan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, kerajaan juga kini mengusahakan pelbagai inisiatif AI dalam proeses pendigitalan mahkamah.

Ini termasuklah pengenalan inisiatif digital seperti ‘e-jamin’ dan ‘e-review’ yang bertujuan mengurangkan keperluan bagi peguam dan anak guam mereka, datang secara fizikal ke mahkamah, yang seterusnya menjimatkan masa dan kos semua pihak serta penggunaan sistem rakaman transkrip mahkamah secara digital dan ‘digitally secured evidence’.

“Sepanjang tahun 2020, kerajaan akan terus berusaha dan memperkenalkan pelbagai inisiatif AI yang lain, bagi mendigitalkan mahkamah dan memastikan akses yang mudah demi keadilan untuk semua,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

“Profession undang-undang perlu menerima pendigitalan, seperti mana Badan Kehakiman Sabah dan Sarawak yang telah menunjukkan teladan yang baik untuk diikuti pengamal undang-undang di seluruh Malaysia.

“Saya gembira untuk mengetahui sokonan daripada Badan Kehakiman terhadap usaha-usaha kerajaan dalam mendigitalkan mahkamah melalui penggunaan AI dam teknologi maklumat. Sokongan daripada hakim-hakim utama juga amat penting.

“Oleh itu saya ingin merakamkan penghargaan kerajaan atas sokongan Ketua Hakim Negara dan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak untuk inisiatif-inisiatif ini,” katanya.

Inisiatif digital ini bukan sahaja memudahkan akses kepada keadilan, dengan mengurangkan keperluan untuk kehadiran fizikal di Mahkamah, tetapi juga memberi kesedaran yang baik untuk alam sekitar dalam mengurangkan penggunaan kertas dan pencemaran karbon akibat perjalanan ke Mahkamah.

Tags: Badan Kehakimankecerdasan buatanpendigitalan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penipuan Dalam Talian Terbaru, Deepfake, Didedahkan

Penipuan Dalam Talian Terbaru, Deepfake, Didedahkan

09/05/2023
0

HANOI: Penjenayah siber kini bertindak lebih ke hadapan apabila menggunakan video palsu 'deepfake' berasaskan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk membuat...

Jangan Buat Tuduhan Melulu Terhadap Badan Kehakiman – Raja Perlis

Jangan Buat Tuduhan Melulu Terhadap Badan Kehakiman – Raja Perlis

05/07/2022
0

KANGAR : Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menyeru masyarakat agar menghormati serta memelihara prinsip kebebasan badan kehakiman di negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd