• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Senat Bakal Tentukan Nasib Donald Trump

oleh
17/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Nasib Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang berdepan tuduhan penyalahgunaan kuasa dan menghalang siasatan Kongres bakal ditentukan menerusi perbicaraan berhubung pemecatannya selepas ia dilancarkan di peringkat Senat semalam.

Buat kali ketiga dalam sejarah Amerika, Dewan Senat diubah menjadi mahkamah untuk prosiding pemecatan yang akan diketuai oleh Ketua Hakim Mahkamah Tinggi, John Roberts yang berikrar akan memastikan keadilan tidak berat sebelah sepanjang proses tersebut dan hujan pembukaan akan dilakukan pada Selasa depan.

Beberapa jam sebelum majlis angkat sumpah senator itu dilakukan, Pejabat Akauntabiliti Kerajaan turut mendapati pentadbiran Trump melanggar undang-undang ketika ia bertindak menyekat bantuan kepada Ukraine, sebuah isu yang menjadi titik tolak terhadap kes pemecatan bilionair hartanah terbabit.

“Saya akan berada di Davos untuk bertemu pemimpin perniagaan terbesar dan pemimpin asing,” katanya di Rumah Putih.

Sebelum ini, Parti Demokrat mendakwa, Presiden AS ke-45 itu bertindak menyekat dana bantuan tersebut untuk memberi tekanan kepada Kiev bagi melancarkan siasatan terhadap pesaing beliau, Joe Biden dalam Pilihan Raya Presiden AS 2020 pada November depan.

Trump yang menjadi Presiden ketiga AS bakal disingkirkan sekali lagi menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa kes tersebut yang dikenakan terhadapnya sebagai ‘penipuan besar’.

Keputusan Senat membuka perbicaraan berhubung pemecatan Trump menjelang Pilihan Raya Presiden AS 2020 bukan hanya memberi cabaran besar kepada pemimpin terbabit untuk bertanding semula malah itu juga bakal menguji keseimbangan dan keadilan tiga cabang kuasa dan sistem di negara terbabit.

Difahamkan, Trump akan berada untuk menyertai Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland ketika pembukaan hujah terhadap perbicaraan untuk memecatnya dibuat pada minggu depan.

Beliau seakan tidak menghiraukan proses tersebut kerana begitu yakin majoriti anggota Parti Republikan akan setia menyokongnya.

“Saya akan berada di Davos untuk bertemu pemimpin perniagaan terbesar dan pemimpin asing,” katanya di Rumah Putih. – Agensi

Tags: Presiden Amerika SyarikatSalah Guna Kuasa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

Dua Kakitangan Badan Berkanun Ditahan Disyaki Seleweng RM600,000

Dua Kakitangan Badan Berkanun Ditahan Disyaki Seleweng RM600,000

08/01/2025
0

PUTRAJAYA - Dua kakitangan sebuah badan berkanun di Perlis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki salah guna kuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd