• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program E-Tunai Rakyat Tak Ceroboh Data Peribadi

oleh
17/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan bukan tujuan kerajaan mewujudkan program e-Tunai Rakyat untuk mendapatkan atau menceroboh maklumat dan data peribadi rakyat.

Beliau berkata, kerajaan sebenarnya boleh mendapatkan data peribadi rakyat dengan mudah menerusi carian menggunakan kad pengenalan.

“Kerajaan tidak terbabit dalam perniagaan (tiada kepentingan). Jika ada kesan pun hanya membabitkan trend penggunaan. Kita akan pastikan ini masih sulit dan terus dalam kawalan kerajaan.

“Kalau hendak sebut pasal data, semua ada dalam kad pengenalan, tidak perlu cara ini (program e-Tunai Rakyat).

“Oleh sebab itu, kita jangan terbawa-bawa dengan pihak tertentu yang mungkin iri hati program e-Wallet dan mahu memperkotak-katik program ini yang mendapat sambutan baik rakyat,” katanya pada sidang media di Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Guan Eng mengulas dakwaan pihak tertentu yang mendakwa program e-Tunai Rakyat adalah strategi kerajaan untuk mendapatkan maklumat peribadi rakyat sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menanda tangan Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Rakan Pelaksana Projek Transit Aliran Massa 2 (MRT 2) di antara MRT Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) dan MMC Gamuda KVMRT Sdn. Bhd.

Yang turut hadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Abdul Yazid Kassim dan Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corp., Datuk Seri Che Kalib Mohamed Noh.

Program e-Tunai Rakyat dilancarkan Selasa lalu bagi membolehkan rakyat Malaysia berkelayakan menuntut RM30 melalui tiga pengendali e-dompet iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go.

Inisiatif ini diumumkan kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2020, Oktober tahun lalu yang menyediakan peruntukan RM450 juta bagi menggalakkan budaya digital dan peralihan masyarakat tanpa tunai. – BH Online

Tags: data peribadie-Tunai RakyatLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

26/06/2026
0

BUTTERWORTH - Program promosi besar-besaran jualan daging babi sempena Pesta Duanwu akan terus dianjurkan bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang membeli...

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd