• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengguna Kecewa Gagal Tebus E-Tunai Rakyat

oleh
16/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Rata-rata pengguna kecewa apabila gagal menebus wang percuma RM30 yang dibiayai kerajaan bagi program e-Tunai Rakyat yang dilancarkan bermula semalam.

Tinjauan Sinar Harian di Facebook ketiga-tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go eWallet yang bekerjasama dengan kerajaan bagi program tersebut mendapati kebanyakan pengguna mengadu gagal mengakses selepas memuat turun aplikasi, selain tidak dapat membuat penebusan.

Sebahagian pengguna kelihatan marah kerana mendakwa sistem lembab dan terpaksa mencuba beberapa kali, namun masih tidak berjaya.

Bagaimanapun, pengendali Facebook ketiga-tiga aplikasi itu dilihat memberi respon memaklumkan gangguan berlaku pada sistem kerana kemasukan serentak permohonan penebusan yang sangat tinggi, selain sedang cuba memperbaiki masalah yang timbul.

Selain itu, Sinar Harian mendapati kebanyakan pengguna juga mahu menebus tunai percuma pada hari pertama kerana memaklumkan antara syarat penebusan ditetapkan pengendali e-dompet adalah berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’, sedangkan tempoh penebusan diberikan adalah bermula 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020.

Sementara itu, di Selangor, Shahida Hassan, 37, berkata, dia mengalami masalah untuk mengakses masuk capaian aplikasi pengendali e-dompet itu sejak jam 8 pagi semalam.

Menurutnya, dia mengetahui berkenaan program e-Tunai Rakyat itu menerusi akhbar portal dan terus memuat turun aplikasi tersebut.

“Tapi sejak pagi ia masih gagal diakses….Hanya pada jam 3.30 petang semalam dapat masuk dan dimaklumkan bantuan akan diproses dalam tempoh tiga hari waktu bekerja,” katanya.

Seorang pengguna di Kuala Lumpur, M Shafiq Z, 29 berkata, dia juga masih belum berjaya membuat penebusan e-Tunai Rakyat mungkin disebabkan terlalu ramai yang sedang membuat proses penebusan berkenaan.

Katanya, insentif kerajaan mampu menggalakkan penggunaan e-dompet, namun ia perlu diperluaskan tidak terhad sekadar dalam pasaran besar atau outlet tertentu tetapi kepada penggunaan seperti di pasar malam dan gerai-gerai kecil.

Bagi pengguna e-dompet di Kelantan, Mohd Zulhairie Manzaidi memberitahu, pada mulanya dia tidak menyedari tarikh penebusan tersebut bermula hari ini sehingga diberitahu oleh rakannya.

“Rakan saya hubungi saya dan maklumkan tentang perkara tersebut. Alhamdulillah, saya sudah pun membuat penebusan melalui aplikasi e-dompet.

“Walaupun pada awalnya keadaan trafik penebusan ada gangguan, namun saya dan rakan-rakan mencuba beberapa kali sehingga kami berjaya.

“Saya berharap kerajaan dapat melaksanakan pelbagai insentif lain untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: E-Dompete-Tunai Rakyatpengguna
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

01/01/2025
0

PUTRAJAYA: Empat penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial utama telah mengorak langkah ke arah pematuhan kawal selia dengan memohon...

Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

12/11/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti mekanisme penggunaan MyKad dan e-dompet dalam melaksanakan penyasaran subsidi minyak RON95. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd