• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen Perancis Mohon Buka Semula Kes Nora Anne

oleh
15/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Dua Ahli Parlimen Perancis memohon supaya siasatan ke atas kematian remaja Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin selepas hilang dari sebuah resort di sini Ogos tahun lepas, dibuka semula.

Ahli Majlis Perundangan Perancis berkenaan, Anne Genetet dan Alexandre Holroyd turut memohon pihak berkuasa Malaysia menyediakan alternatif lain dengan memberikan akses terhadap laporan polis mengenai siasatan yang telah dijalankan.

Menerusi sepucuk surat yang dikeluarkan Lucie Blackman Trust, sebuah badan kebajikan British yang memberikan bantuan kepada warganya ketika menghadapi krisis di luar negara, mereka mahu pihak berkuasa Malaysia mengambil ‘langkah-langkah yang perlu untuk menjelaskan situasi yang berlaku’ mengenai kematian remaja istimewa berusia 15 tahun itu.

“Setiap usaha mesti dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk memberikan ketelusan sepenuhnya berhubung kematian Nora Quoirin,” kata mereka.

Nora Anne hilang pada 4 Ogos, sehari selepas keluarganya tiba di Malaysia untuk bercuti selama dua minggu dan mendaftar masuk di Dusun Pantai Hill Resort.

Mayatnya ditemukan pada 13 Ogos berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, kira-kira 2.5 kilometer (km) dari resort berkenaan oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat.

Laporan awal bedah siasat menyatakan tiada unsur jenayah dalam kematian Nora Anne yang dilaporkan mengalami masalah pembelajaran.

Remaja itu meninggal dunia akibat kebocoran usus kerana tidak makan untuk tempoh panjang.

Pada 8 Januari lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, Pejabat Peguam Negara telah mengklasifikasikan kes itu sebagai NFA (tiada tindakan lanjut).

Tags: ahli parlimen peranciskematianNora Anne Quoirinremaja ireland
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

Wanita Dihukum Penjara 15 Tahun Sebabkan Kematian Bayinya Yang Baru Lahir

Wanita Dihukum Penjara 15 Tahun Sebabkan Kematian Bayinya Yang Baru Lahir

08/02/2024
0

TAWAU: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan sengaja menyebabkan kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd