• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Mangsa Bunuh Bantah Mansuh Hukuman Mati Mandatori

oleh
15/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ahli keluarga dan wakil mangsa bunuh sebulat suara membantah pemansuhan hukuman mati mandatori (MDP) bagi jenayah kejam termasuk pembunuhan yang dirancang.

Mereka menyatakan perkara itu selepas mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori di sini, hari ini.

Mereka, antara lain, terdiri daripada ahli keluarga mendiang timbalan pendakwa raya Kevin Morais, usahawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, ahli perbankan Stephen Wong Jing Kui serta siswazah Universiti Utara Malaysia (UUM) Chee Gaik Yap, dan remaja Annie Kok Yin Cheng, yang kedua-duanya dirogol dan dibunuh masing-masing pada 2006 dan 2009.

Aktivis sosial Tan Sri Robert Phang berkata sistem keadilan sepatutnya adalah tentang memberikan keadilan untuk mangsa-mangsa tetapi malangnya ia seolah-olah mahu melindungi penjenayah.

“Jangan jadikan Malaysia “syurga” untuk penjenayah,” kata Phang, yang juga pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial, kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan jawatankuasa itu yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum.

Peguam Christina Teng, yang mewakili ahli keluarga berkenaan, berkata keluarga tidak mahu menerima pampasan daripada kerajaan atau pembunuh atau keluarga pembunuh untuk membebaskan penjenayah daripada hukuman mati.

“Jika mereka berani membunuh, mereka juga perlu berani memikul tanggungjawab atas tindakan mereka, contohnya dihukum gantung. Ini undang-undang kita,” katanya.

“Adakah anda (pihak kerajaan) telah jalankan kajian untuk melihat bagaimana negara-negara jiran, khususnya negara ASEAN mengekalkan hukuman mati untuk melindungi rakyat dan memastikan keselamatan di bandar raya.

“Adakah anda telah jalankan penyelidikan untuk melihat bahawa hukuman mati adalah berkesan untuk mencegah jenayah dan menyelamatkan nyawa,” katanya merujuk kepada cadangan kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori.

Dilaporkan rang undang-undang untuk memansuhkan hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan serius dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang pada Mac, dan ini selaras dengan manifesto pilihan raya Pakatan Harapan dan menunjukkan komitmen kerajaan terhadap hak asasi manusia.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Mansor Ibrahim yang mewakili anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kasim yang terbunuh ketika menjalankan tugas pada 2018, berkata pihaknya tidak berpuas hati dengan ahli jawatankuasa yang dilihat tegas dalam pendirian itu.

Beliau berkata Ummah yang mempunyai gabungan lebih 500 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam akan membuat bantahan besar-besaran sekiranya kerajaan tidak mendengar rintihan ahli keluarga mangsa.

Tags: hukuman mati mandatorimangsa bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Lagi Hukuman Mati Mandatori Di Malaysia Bermula Hari Ini

Tiada Lagi Hukuman Mati Mandatori Di Malaysia Bermula Hari Ini

04/07/2023
0

PETALING JAYA – Berkuat kuasa hari ini tiada lagi hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat di Malaysia susulan penguatkuasaan...

‘Tiada Lagi Hukuman Penjara Seumur Hidup Ganti Hukuman Mati Mandatori’

‘Tiada Lagi Hukuman Penjara Seumur Hidup Ganti Hukuman Mati Mandatori’

23/03/2023
0

Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Jumaat lepas bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori, kata Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd