• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ujian Sampel Klinikal Nur Dinie Damia Negatif Influenza

oleh
15/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ujian sampel klinikal terhadap murid Tahun Satu, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, yang sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor adalah negatif bagi jangkitan influenza.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata punca kematian kanak-kanak berusia tujuh tahun itu kini masih dalam siasatan pakar forensik.

“Pesakit dirujuk kepada HSA dari sebuah hospital swasta pada 10 Januari lalu dalam keadaan yang sangat kritikal, selain diberikan bantuan pernafasan dan rawatan rapi oleh pasukan perubatan diketuai pakar pediatrik.

“Bagaimanapun, keadaan pesakit semakin tenat dan disahkan meninggal dunia pada 13 Januari lalu, pada jam 10.48 malam. Punca kematian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Punca sebenar kematian Nur Dinie yang juga murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Skudai, menimbulkan tanda tanya apabila EXCO Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia Johor, Aminolhuda Hassan dan Pengarah Kesihatan Johor, Dr. Aman Rabu, mengesahkan kanak-kanak itu dijangkiti influenza pada sidang media di Jabatan Kesihatan Johor, pagi semalam.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal pada petang semalam pula dilaporkan berkata, ujian dijalankan pakar HSA mendapati Nur Dinie negatif influenza dan kritikal disebabkan kegagalan hati dan buah pinggang.

Mengulas kes kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU), Faiz Fauzan Pauzul Kamil, 12, yang meninggal kerana disyaki mengalami jangkitan virus sama, Dr. Noor Hisham menjelaskan pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Berdasarkan laporan awal yang diterima, pesakit dibawa oleh ibu bapanya ke jabatan kecemasan sebuah hospital swasta di Selangor pada 11 Januari lalu dalam keadaan kritikal dan disahkan meninggal dunia pada keesokannya.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian. Kementerian merakamkan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua kanak-kanak terbabit,” katanya. – BH Online

Tags: HSAjangkitan influenzanur dinie damia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Kepulan Asap HSA Berpunca Daripada Isyarat Palsu

Insiden Kepulan Asap HSA Berpunca Daripada Isyarat Palsu

21/05/2023
0

Johor Bahru : Insiden kepulan asap di Bilik High Voltage di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, semalam berpunca daripada...

RM140 Juta Naik Taraf HSA

RM140 Juta Naik Taraf HSA

20/07/2022
0

JOHOR BAHRU : Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM140 juta bagi menaik taraf Hospital Sultanah Aminah (HSA). Ikuti Mynewshub: Telegram Pengerusi Jawatankuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd