• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Putera Abu Dhabi Buat Pelaburan Besar Di Indonesia – Najib

oleh
14/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed yang dikaitkan dengan rakaman audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat pelaburan besar dengan Indonesia.

Bekas perdana menteri itu berkata di saat negara jiran menerima pelaburan besar itu, Malaysia tidak mendapat sebarang pulangan.

“Inilah putera Abu Dhabi yang SPRM dedahkan dalam rakaman audio perbualan telefon saya minggu lepas.

“Hari ini dia melabur AS$22.8 bilion (RM93.5 bilion) di Indonesia. Malaysia dapat berapa?” katanya menerusi Facebook sambil memuat naik laporan berita di mana kerajaan Indonesia menerima menerima pelaburan dari UAE.

Beliau juga berkata puteri mahkota Abu Dhabi itu yang dikaitkan dalam audio rakaman sebelum ini menandatangani perjanjian penyelesaian antara International Petroleum Investment Company (IPIC) dengan 1MDB di mana semua dana pelaburan negara yang didakwa hilang akan dikembalikan sebelum 31 Disember 2020.

“Tapi Guan Eng kata tak boleh dedahkan perjanjian tersebut walaupun saya berkali-kali mencabar tahun lepas untuk membuktikan saya selesaikan masalah 1MDB supaya 1 sen dana mereka pun tak hilang.

“Masa saya cabar saya belum didakwa. Masa itu, Guan Eng senyap dan tak mahu menjawab. Lepas saya didakwa di mahkamah, dia jawab dia tidak dapat dedahkan kerana kes sudah ada dalam mahkamah,” katanya yang memuat naik laporan FMT yang memetik kenyataan Guan Eng.

Najib turut mendakwa, kerajaan Pakatan Harapan mahu membatalkan perjanjian itu supaya kerajaan Abu Dhabi tidak berpeluang mengembalikan wang 1MDB dengan cara baik.

“Paling parah ialah PH mahu batalkan perjanjian penyelesaian itu supaya kerajaan Abu Dhabi tidak ada peluang untuk mengembalikan wang 1MDB itu dengan cara yang baik dan saya tidak dinampak telah menyelesaikan isu ini.

“Lalu kerajaan PH failkan saman terhadap kerajaan Abu Dhabi di London. Kerana propaganda bahawa Najib curi bilion-bilion duit 1MDB perlu diteruskan oleh PH,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM, Latheefa Koya sebelum ini bertindak mendedahkan rakaman audio dikatakan antara bekas perdana menteri Najib Razak dan 7 lagi individu berkaitan 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International.

Latheefa berkata, rakaman itu melibatkan Najib, pegawai kerajaan dan 2 individu dari UEA menunjukkan seperti ada konspirasi untuk memanipulasikan maklumat. – FMT

Tags: Najib Tun Razakpelaburanrakaman audiosheikh mohammed zayedSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Undi BN Dapat Onn Hafiz!

PRN Johor: Undi BN Dapat Onn Hafiz!

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini hakikat yang sukar dinafikan setiap undi diberi kepada Barisan...

Pelaburan, Projek Strategik Johor Berkembang Pesat Atas Usaha Kerajaan Madani – PM Anwar

Pelaburan, Projek Strategik Johor Berkembang Pesat Atas Usaha Kerajaan Madani – PM Anwar

07/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pelaburan dan projek strategik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd