• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dedah Klip Audio, Latheefa Akan Dipanggil Ke Bukit Aman

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mengesahkan sudah menerima 9 rakaman audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dikatakan membabitkan bekas perdana menteri, Najib Razak dan beberapa individu lain.

Abdul Hamid berkata, siasatan dijalankan membabitkan semua sudut, termasuk memastikan ketulenan rakaman itu dan akan memanggil Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

“Siasatan yang dijalankan dibuat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan, iaitu penjawat awam mendedahkan siasatan rasmi kepada pihak tidak sepatutnya.

“Seksyen 218 Kanun Keseksaan pula ialah penjawat awam membentuk rekod atau tulisan yang tidak betul untuk selamatkan seseorang daripada hukuman,” katanya dalam sidang media, di Bukit Aman, hari ini.

Pada satu sidang akhbar Rabu lepas, Latheefa mendedahkan rakaman audio dikatakan membabitkan Najib dan 7 individu lain berkait skandal 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC Internatonal.

Rakaman selama 45 minit itu diperdengarkan kepada umum pada sidang media di Putrajaya.

Latheefa berkata, rakaman audio itu diterima pihaknya beberapa hari sebelum itu membabitkan dakwaan salah guna kuasa, konspirasi jenayah, selain merupakan percubaan untuk menutup keadilan.

Rakaman perbualan telefon itu dikatakan berlaku pada Januari, Februari dan Julai 2016. – FMT

Tags: Latheefa KoyaNajib Tun RazakPDRMrakaman audioSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd