• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tular Gambar Pekerja KLIA2 Tidur, Main Telefon Ketika Bertugas

oleh
13/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Gambar rakaman video yang menunjukkan seorang pekerja pengimbas haba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) tertidur di meja dan seorang lagi asyik bermain telefon bimbit menerima pelbagai reaksi netizen.

Walaupun video tersebut dipercayai dirakam pada cuti persekolahan pada 26 Disember lalu, namun gambar tangkap layar video tersebut kini tular di laman sosial.

Rata-rata netizen bimbang tindakan kedua-dua individu tersebut boleh menyebabkan pemeriksaan yang dilakukan terhadap pelancong yang datang ke negara ini tidak dibuat sebaiknya lebih-lebih lagi ketika virus influenza dan polio mula merebak.

Pengimbas haba dipasang di lapangan terbang sebagai langkah berjaga-jaga demi menghalang penyebaran penyakit berjangkit yang membolehkan kakitangan menghalang mana-mana individu dengan suhu badan melebihi 37 darjah Celcius memasuki negara.

“Makan gaji buta ke bosku. Seorang sedap tidur seorang lagi main telefon macam itu sahaja. Memalukan aku tengok. Kalau pelancong tengok pun pasti dia akan gelak dengan perangai pegawai kita di KLIA2,” tulis Salman Din di laman Facebooknya.

Liyana Arun pula memberitahu: “Memalukan rakyat Malaysia. Sepatutnya tugasan mereka ini mereka harus lebih serius kerana melibatkan penyakit yang mampu berjangkit dengan mudah kepada rakyat Malaysia.”

Dalam pada itu, terdapat juga netizen berharap agar pengurusan KLIA2 mengambil tindakan tegas terhadap pekerja yang terlibat bagi memberi pengajaran agar perkara tersebut tidak berulang lagi.

“Saya mengharapkan agar pentadbiran KLIA2 ambil tindakan pada pekerja ini. Ini perlu dilakukan kerana apa yang mereka lakukan ini tidak boleh dimaafkan di samping menunjukkan kelemahan penguatkuasaan negara kita kepada pelancong,” tulis Salim Hin di Facebooknya.

Terdahulu, tiga kes polio dikesan di Sabah melibatkan bayi berusia tiga bulan dai Tuaran dan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dari Kinabatangan serta seorang lagi berusia 8 tahun dari Sandakan.

Kini, ramai masyarakat awam khususnya pelajar sekolah kini sedang dirawat di hospital akibat menghidap penyakit influenza A dan terdapat hospital juga dilaporkan kekurangan ubat untuk merawat virus tersebut. – Sinar Harian

Tags: influenza AKKMKLIA2penyakit berjangkitvirus polio
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd