• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengerusi EMGS Tak Mengaku Salah 3 Tuduhan Pecah Amanah

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS), Datuk Abdul Rahman Mohamed Shariff mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di atas tiga pertuduhan di bawah Kanun Keseksaan.

Hakim, Azura Alwi menetapkan 13 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Salehuddin Saidin manakala pendakwa raya Farah Yasmin Salleh.

Abdul Rahman, 63 tahun, juga dibenarkan ikat jamin dengan nilai RM100,000 dan perlu melapor diri di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wilayah Persekutuan setiap bulan mulai Februari.

Bagi pertuduhan pertama, Abdul Rahman dituduh pecah amanah dengan memasukkan dana syarikat Yayasan Pengurusan Ilmu sebanyak RM25,000 yang dibayar ke akaun milik syarikat AK Success Sdn. Bhd.

Ia bagi tujuan pembelian Rational Combi Oven & Ultravent plus Exaust Hood bagi pihak syarikat Coffee Sandwich Revival Sdn. Bhd. milik isterinya, dengan menggunakan lima keping cek kesemuanya bertarikh 13 Disember 2018.

Bagi pertuduhan kedua pula, Abdul Rahman dituduh pecah amanah dengan menjadikan dana Yayasan Pengurusan Ilmu sebanyak RM150,000 ke akaun syarikat Mudra Resources Sdn. Bhd. miliknya sendiri dengan cek bertarikh 22 November 2018.

Manakala pertuduhan ketiga juga merupakan pecah amanah dana yayasan sama bernilai RM3,049 bagi tujuan pembelian satu kotak cerut Montecristo Edmundo dan satu kotak cerut Romeo y Julieta Wide Churchill menggunakan cek bertarikh 12 Disember 2018.

Semua kesalahan itu boleh dihukum di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi 20 tahun, dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.

EMGS adalah syarikat milik penuh Kementerian Pendidikan.

Ia ditugaskan untuk menguruskan dan memproses visa untuk pelajar antarabangsa, termasuk memastikan pelajar asing mendapat insurans kesihatan.

Tahun lalu, EMGS yang ditubuhkan pada 2012 disiasat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). – Astro AWANI

Tags: EMGSpecah amanahSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd