• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dijangka Diniagakan Berhati-Hati Minggu Depan

oleh
11/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan sejajar dengan mata wang negara sedang pesat membangun selain didorong beberapa perkembangan penggerak pasaran termasuk jangkaan permeteraian fasa pertama perjanjian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata para peniaga.

Penganalisis pasaran FXTM, Han Tan berkata, dolar AS dijangka kekal kukuh minggu depan mendapat rangsangan daripada jangkaan pengumuman senarai gaji bukan ladang Disember yang lebih baik.

“Indeks Dolar AS (DXY) kini meningkat satu peratus setakat ini pada 2020, diniagakan melepasi paras 97.4 menjelang pengumuman senarai gaji bukan ladang bagi Disember.

“Kejutan positif dalam keseluruhan NFP, pertumbuhan gaji atau bacaan purata setiap jam boleh menyaksikan Indeks Dolar ditutup pada purata penggerak 200-hari pada 97.706 dan mengehadkan aliran menurunnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun menurutnya, memandangkan DXY mencatatkan paras rendah sejak Oktober, dolar AS dijangka terus sederhana selagi sentimen risiko kekal tanpa gangguan dan Rizab Persekutuan AS mengekalkan kadar faedah.

Jumaat minggu lalu, Washington melancarkan serangan udara berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghad yang meragut nyawa komander tentera Iran, Qasem Soleimani.

Susulan itu, Iran bertindak balas dengan melancarkan beberapa serangan peluru berpandu terhadap pangkalan tentera AS di Iraq pada Selasa.

Di dalam negara, ulasan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai ekonomi semasa dijangka memberi sokongan kepada mata wang tempatan.

Dalam catatan di blog beliau yang bertajuk ‘Kerajaan Pakatan Harapan’ semalam, Dr. Mahathir berkata, ekonomi Malaysia masih berkembang pada kadar pertumbuhan yang baik dengan pelaksanaan pelbagai program untuk meningkatkan lagi ekonomi.

“Hakikatnya adalah ekonomi Malaysia dan mata wangnya adalah kukuh. Pasaran dan pengkritik mungkin tidak fikir begitu. Bagaimanapun, kerajaan mempunyai keyakinan dalam dasar kewangan dan ekonominya. Begitu juga pelabur asing dan tempatan,” kata Perdana Menteri.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada 4.0750/0780 berbanding 4.1005/1035 pada Jumaat minggu sebelumnya.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.0194/0219 daripada 3.0363/0401 minggu sebelumnya, naik berbanding pound Britain kepada 5.3244/3299 daripada 5.3577/3637 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.5216/5254 daripada 4.5675/5717.

Sementara itu, ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7160/7198 daripada 3.7936/7974 pada Jumaat minggu sebelumnya.

Tags: Amerika SyarikatDolar ASRinggit Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Nilai ringgit dilihat kembali menunjukkan trend penyusutan yang lebih ketara berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)...

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd