• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Badan Kehakiman Minta KPN Nyatakan Status Siasatan

oleh
11/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Badan kehakiman akan meminta Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menyatakan status siasatan polis berkaitan dakwaan salah laku kehakiman dalam afidavit yang dibuat Mahkamah Rayuan.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat berkata, Ketua Pendaftar akan menulis kepada Abdul Hamid berkenaan perkara itu tidak lama lagi.

Beliau berkata, badan kehakiman tidak bertanyakan polis mengenai perkara itu atau melaksanakan siasatan dalaman kerana masih ada kes yang belum selesai di Mahkamah Tinggi mengenai isu yang sama.

“Kami gantung siasatan kerana terdapat kes yang masih belum selesai di Mahkamah Tinggi dan baru-baru ini kes itu dilupuskan oleh mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tahun Undang-Undang 2020.

Tengku Maimun berkata, badan kehakiman tidak melihat ia sesuai untuk meneruskan siasatan berhubung perkara itu apabila kes berkenaan ditangguh di Mahkamah Tinggi.

“Kini, kes itu dilupuskan di Mahkamah Tinggi, kami fikir ia adalah masa sesuai untuk memeriksa dengan polis status siasatan mereka supaya kami dapat mengendalikan dengan apa sahaja yang perlu dilakukan bagi pihak kehakiman,” katanya.

Apabila ditanya sama ada beliau akan menunggu lebih lama memandangkan litigan, peguam Sangeet Kaur Deo telah memfailkan rayuan, Tengku Maimun berkata: “Sekiranya kami menunggu rayuan, ia akan mengambil masa lebih lama.”

Tahun lepas, badan kehakiman membuat laporan polis berhubung dakwaan dibuat terhadap hakim yang tidak disebut namanya dan institusi itu dalam afidavit yang dibuat Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer.

Peguam Sangeet Kaur Deo juga memfailkan saman pemula berkaitan dengan dakwaan campur tangan oleh badan kehakiman terhadap keputusan kes hasutan mendiang bapanya Karpal Singh.

Saman itu ditolak Mahkamah Tinggi pada 22 Oktober.

Terdahulu dalam ucapannya, Tengku Maimun mengulas ucapan yang disampaikan oleh Presiden Majlis Peguam, Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor yang mengulangi desakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan salah laku badan kehakiman.

Ketua Hakim Negara itu berkata, dakwaan yang dibuat sedang disiasat dan sehingga pihak berkuasa memutuskan sama ada dakwaan itu memerlukan tindakan lanjut atau tidak, ia kekal tuduhan tidak terbukti.

Beliau berkata, kenyataan Abdul Fareed itu mewujudkan persepsi bahawa apabila dakwaan itu dibuat, ia menunjukkan bahawa badan kehakiman tidak mempunyai kebebasan.

Tengku Maimun menambah, kenyataan itu menggambarkan bahawa tanpa RCI, keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman telah terhakis.

Beliau berkata, adalah penting bagi Majlis Peguam yang memainkan peranan penting dalam menegakkan kebebasan badan kehakiman, tidak dengan sengaja menghakis kepercayaan orang ramai dengan menganggap seluruh badan kehakiman tercalar sehingga RCI ditubuhkan.

“Bagaimana badan kehakiman dapat berfungsi sekiranya seluruh institusi terus dibicarakan untuk dakwaan yang masih dalam siasatan” katanya.

Tags: Abdul Hamid Badorsalah laku kehakimanTengku Maimun Tuan Mat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Tidak Akan Berpaling Tadah Terhadap Tun Mahathir – Abdul Hamid Bador

Saya Tidak Akan Berpaling Tadah Terhadap Tun Mahathir – Abdul Hamid Bador

19/10/2022
0

Gerakan Tanah Air (GTA) mahu mencalonkan Tan Sri Abdul Hamid Bador bertanding di Parlimen Rembau bukan sesuatu yang memeranjatkan. Ikuti...

Polis Terima 6 Laporan Susulan Pendedahan Abdul Hamid

06/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Polis menerima enam laporan susulan pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berhubung campur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd