• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Senator Dikait Klip Audio Gesa Latheefa Letak Jawatan

oleh
11/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Bekas senator Khairul Azwan Harun yang dikaitkan dalam pendedahan rakaman audio Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendesak Latheefa Koya meletak jawatan sebagai ketua pesuruhjaya badan anti rasuah itu.

Khairul Azwan berkata, beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan mengaitkan dirinya dalam urusan 1MDB dan SRC dalam apa juga bentuk. Bahkan, andaian dibuat Latheefa itu menurutnya merupakan satu tindakan drama politik murahan semata-mata.

“Saya desak kerajaan baru segera memperbetulkan kerosakan integriti dan kredibiliti yang berlaku dalam SPRM, serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap badan penguat kuasa bebas ini semula.

“Bagi menjaga imej serta intergriti SPRM daripada terus tercemar disebabkan tindakan yang tidak bertanggungjawab Latheefa, saya mendesak beliau dengan serta merta meletakkan jawatan sebagai ketua pesuruhjaya SPRM,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rabu lalu, SPRM mendedahkan 9 rakaman yang antara lain dikatakan suara bekas perdana menteri, Najib Razak; isterinya, Rosmah Mansor; bekas timbalan pendakwa raya awam, Dzulkifli Ahmad dan Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu, Mohammed bin Zayed Al Nahyan.

Pendedahan rakaman itu mengundang kritikan daripada ramai peguam, mengatakan ia menyalahi undang-undang untuk mengintip dengar perbualan telefon, dan ia boleh membawa kepada perbicaraan melalui media.

Latheefa menepis kritikan itu dan menyerahkan rakaman audio berkenaan kepada polis.

Khairul Azwan juga menyeru semua ahli Parlimen merujuk Latheefa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen kerana sudah merosakkan kredibiliti dan nama baik suruhanjaya berkenaan.

“Tindakan Latheefa tersebut adalah tindakan yang dangkal dan menjijikkan. Tindakan beliau itu amat mengaibkan serta menjejaskan reputasi saya. Saya sudah arahkan peguam saya, M Reza Hassan untuk menasihati saya, berkenaan hak saya yang wujud di bawah undang-undang,” katanya. – FMT

Tags: 1MDBKhairul Azwan HarunLatheefa KoyaSPRMSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd