• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih RM3 Juta Dari UMNO Pahang, PBRS Jadi Hak Kerajaan

oleh
09/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucut hak wang berjumlah RM3,479,300.18 yang disita daripada UMNO Pahang dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) untuk diserahkan kepada kerajaan Malaysia.

Wang yang disita oleh SPRM tahun lepas itu didakwa mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin dan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh yang mendengar permohonan SPRM itu masing-masing memutuskan wang berjumlah RM2,479,300.18 yang disita dari UMNO Pahang dan PBRS berjumlah RM1 juta adalah hasil daripada aktiviti haram.

Di Mahkamah Tinggi Jenayah 4, Hakim Muhammad Jamil membuat keputusan itu setelah menimbang hujahan daripada Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Farah Yasmin Salleh selaku pemohon dan peguam, Mohd Shukri Ahmad Mansor mewakili UMNO Pahang yang juga responden.

“Responden gagal membuktikan bahawa wang RM2,479,300.18 adalah miliknya. Saya berpuas hati wang itu yang hendak dilucut hak oleh pemohon (SPRM) adalah hasil daripada aktiviti haram. Permohonan pemohon dibenarkan,” katanya.

Sebelum itu, Hakim Muhammad Jamil berkata, satu notis mengikut Seksyen 61 (2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 telah diisytiharkan dalam harta kerajaan Persekutuan pada 10 September 2019.

“Notis itu adalah untuk memanggil mana-mana pihak ketiga yang mempunyai apa-apa kepentingan ke atas harta iaitu wang RM2,479,300.18 supaya hadir ke mahkamah pada 18 Oktober, 2019 pada jam 9 pagi untuk menunjukkan sebab mengapa harta itu tidak boleh dilucuthakkan.

“Tiada pihak ketiga yang hadir pada 18 Oktober 2019 untuk membuat tuntutan atas harta itu, oleh itu kes ini adalah antara pemohon dengan responden sahaja,” kata hakim.

Di Mahkamah Tinggi Jenayah 5, Ahmad Shahrir membenarkan permohonan SPRM setelah mendapati pemohon berjaya membuktikan harta itu adalah hasil daripada aktiviti haram.

“Saya membenarkan permohonan pemohon untuk melucut hak ke atas wang RM1 juta itu,” kata Ahmad Shahrir semasa keputusan kes itu yang turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman dan peguam, K Lavinia mewakili PBRS yang juga responden.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dalam sidang akhbarnya berkata, permohonan pelucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) yang suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Tags: 1MDBPBRSSPRMUMNO Pahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd