• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imam Maut Ditetak Selepas Solat Subuh

oleh
09/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IMAM maut selepas ditetak sepupunya sebaik selesai menunaikan solat Subuh berhampiran surau Kampung Mamaitom, Tenom, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, Platani Ukir, 35, yang juga imam surau berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah ditetak di belakang kepala.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai baru selesai menunaikan solat Subuh sebelum kembali ke tempat letak motosikalnya di tepi jalan.

“Mangsa dipercayai diserang dari arah belakang oleh suspek dan ditetak di belakang kepala hingga menyebabkan parah dan meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian.

“Saksi kejadian yang menyedari perkara itu melihat mangsa terbaring dan suspek menekan leher mangsa sambil memegang tukul dan terdapat sebilah parang di pinggangnya.

“Saksi cuba membantu tetapi dihalang oleh suspek. Saksi segera menghubungi polis untuk bantuan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hasan berkata, sepasukan polis yang tiba di lokasi kejadian menahan suspek dan merampas parang serta tukul.

“Siasatan lanjut mendapati mangsa adalah sepupu kepada suspek.

“Siasatan juga mendedahkan bahawa suspek dipercayai pesakit mental. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Menurutnya, suspek berusia 53 tahun kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – myMetro Online

Tags: ditetakImamkes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd