• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lantikan Prasarana, MAHB Bukan Bidang Kuasa MOT

oleh
09/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana Malaysia Bhd. dan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) adalah perkara yang bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan (MOT).

Ketika menjelaskan perkara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Prasarana adalah syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) manakala MAHB pula sebahagiannya dimiliki oleh Khazanah Nasional Bhd dan tersenarai di pasaran utama Bursa Malaysia.

“Pelantikan CEO Prasarana bukan di bawah bidang kuasa saya kerana ia merupakan sebuah syarikat MKD.

“Keadaan sama untuk MAHB yang merupakan sebuah syarikat awam tersenarai dengan sebahagian daripada (kepentingannya) dimiliki oleh Khazanah. Oleh itu, Lembaga Pengarah yang akan membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media mengenai perkembangan terbaru membabitkan Pas Perjalanan Tanpa Had Prasarana My100 dan My50 di sini hari ini.

Laporan media kelmarin menyatakan bahawa Presiden dan CEO Prasarana, Mohamed Hazlan Mohamed Hussain yang dilantik menyandang jawatan itu pada 3 September 2018 telah digantung tugas oleh Lembaga Pengarah syarikat itu.

Selain itu, MAHB pada Isnin memaklumkan Bursa Malaysia bahawa CEO Kumpulan, Raja Azmi Raja Nazuddin telah melepaskan jawatan itu bagi meninjau peluang lain.

Berikutan itu, Lembaga Pengarah MAHB telah melantik Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh yang merupakan Ketua Pegawai Operasi untuk memangku tugas CEO tersebut.

Tags: kementerian pengangkutanMAHBPrasarana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

Kementerian Pengangkutan Terima Set Pertama ETS3

Kementerian Pengangkutan Terima Set Pertama ETS3

08/06/2024
0

KUALA LUMPUR - Malaysia telah menerima set pertama Tren Elektrik (ETS3) bagi perkhidmatan Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, pada Jumaat....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd