• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Isu Perkauman Dalam Pemasangan Tanglung

oleh
09/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemasangan tanglung di sekolah bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bukan isu perkauman kerana masyarakat berbilang kaum di negara ini menyambut pelbagai jenis perayaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, berkata sejak negara mengecapi kemerdekaan, tidak pernah timbul isu berkaitan pemasangan tanglung dan semua masyarakat menghormati serta meraikan perayaan itu.

Katanya, isu perayaan juga tidak sepatutnya dijadikan isu yang boleh memecah-belahkan kaum kerana sebagai sebuah negara yang stabil, perayaan seharusnya dijadikan faktor untuk merapatkan hubungan antara semua.

“Tahun baharu juga kita sambut dan Tahun Baharu Cina juga kita sambut dan perayaan ini diserikan lagi dengan tanglung yang saya sendiri kagum.

“Sejarah tanglung sebenarnya mengenai seorang gadis yang memasang api di dalam kertas lalu wujudlah tanglung. Ia adalah satu budaya masyarakat Cina yang saya fikir tidak mempunyai masalah.

“Jangan jadikan isu ini sebagai satu perkara yang akan memecah-belahkan negara kerana wawasan kita termasuk Jemaah Menteri pada tahun tahun 2020 bukan sahaja mahu menjadikan negara ini maju tetapi harmoni,” katanya dalam sidang akhbar.

Beliau hadir bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Air Tanah Sumber Asli, Datuk Dr. Xavier Jayakumar; Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah untuk memasang semula tanglung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1 yang diarahkan dirutunkan oleh pihak berkuasa.

Turut hadir adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo sertaTimbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching,

Isu tanglung di sekolah itu menjadi kontroversi selepas ada pemimpin pembangkang mendakwa ia dipasang secara berlebihan serta dikaitkan konon ia usaha untuk menyebarkan agama lain kepada murid Islam di situ.

Sementara itu, Nie Ching, pada sidang akhbar itu menyatakan, keputusan untuk memasang semula tanglung itu dibuat selepas mendapat persetujuan mesyuarat Kabinet hari ini.

Kata beliau, ia turut diputuskan berdasarkan hasil siasatan yang sudah dilakukan pihak polis mengenai isu itu.

“Kami semua mengambil pendirian ini (memasang semula) dan meminta agar semua pihak tidak menjadikan perkara ini sebagai isu. Ia juga bukan arahan daripada kerajaan sebaliknya perkara yang diputuskan bersama-sama,” katanya.

Sementara itu, Guan Eng pula menafikan isu berkenaan ada kaitan dengan tulisan Jawi yang menjadi kontroversi sebelum ini.

“Tiada isu berkaitan bahasa Mandarin atau Bahasa Melayu atau (tulisan Jawi) di sini (Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1) tetapi hanya berkenaan kekeliruan pemasangan tanglung sahaja,” katanya. – BH Online

Tags: perayaanSekolahTahun baharu Cinatanglung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd