• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertumbuhan Ekonomi Tahun 2020 Lebih Baik – Bank Dunia

oleh
09/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Pertumbuhan ekonomi global akan lebih baik sedikit berbanding prestasi lemah yang dilihat pada tahun 2019, menurut ramalan Bank Dunia.

Ekonomi dunia dijangka berkembang sebanyak 2.5% pada tahun 2020, naik dari 2.4% tahun lepas.

Ia mencerminkan pemulihan yang diharapkan di sesetengah negara sedang membangun dan membangun yang mengalami kesukaran pada tahun 2019.

Tetapi ia akan diimbangi oleh pertumbuhan yang perlahan di Amerika Syarikat dan beberapa negara membangun lain.

Pertumbuhan pada tahun 2019 adalah  paling perlahan sejak krisis kewangan dan unjuran sederhana untuk tahun ini diselubungi ketidakpastian

Ini kerana, ia bergantung kepada penambahbaikan yang ketara dalam beberapa ekonomi besar yang sedang berkembang dan membangun.

Ekonomi India dijangka melantun selepas penurunan yang ketara tahun lepas.

Brazil sepatutnya berkembang lebih kukuh selepas tempoh lemah manakala Mexico dan Turki sepatutnya menyaksikan pertumbuhan selepas tidak bergerak pada tahun lalu.

Ekonomi Argentina diramal masih negatif tetapi lebih keadaan lebih perlahan berbanding dua tahun lalu.

Ramalan ini menunjukkan aktiviti ekonomi di Iran akan berhenti merosot tahun ini dan kembali berkembang pada tahun 2021.

Walaupun ia tidak berlaku, jika ramalan Bank Dunia tersasar tetapi Iran dijangka mengalami pemulihan kukuh namun dikhuatiri ketegangan politik dan keganasan yang meletus dalam beberapa hari yang lalu boleh melemahkannya.

Bank Dunia memberi amaran kepada risiko ke atas Iran bahawa konflik di Timur Tengah adalah bahaya kerana memberi kesan ekonomi.

Walaupun demikian, laporan itu mengatakan: “Gangguan pengeluaran minyak Arab Saudi pada pertengahan bulan September menonjolkan potensi ketegangan yang diperbaharui di Timur Tengah.”

Franziska Ohnsorge, seorang ahli ekonomi Bank Dunia dan salah seorang pengarang laporan itu berkata, masalah ini dapat memberi manfaat kepada negara-negara maju dan membangun melalui harga minyak yang lebih tinggi.

Tetapi harus diingat semula bahawa situasi lampau di Timur Tengah yang telah memacu kenaikan harga minyak menjadi punca kepada kemelesetan global. – Agensi

Tags: bank duniaEkonomi Globaltahun 2020
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak dua kali dari 4.0 peratus kepada 4.1 peratus dan terkini...

SMKKJ Jadi Kolej Tingkatan 6 Dipersetujui Tiga Tahun Lalu

Kanak-kanak Malaysia Tidak Cukup Belajar Di Sekolah – Laporan Bank Dunia

29/04/2024
0

KUALA LUMPUR - Laporan baharu Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd