• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Tak Melobi Jadi Menteri Pendidikan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak wujud sebarang unsur melobi ketika pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam.

Anwar menjelaskan, pertemuan tersebut hanya melibatkan perbincangan hati ke hati antara beliau dan Dr. Mahathir tanpa membincangkan soal kekosongan jawatan dalam Kabinet.

“Perbincangan itu hati ke hati dua orang, jadi diberikan sedikit sebanyak penjelasan tetapi saya tidak bincang soal Kabinet. Saya pun tidak lobi.

“Nanti orang kata kebetulan saya jumpa petang semalam…saya tak nak orang ingat saya nak pergi melobi. Tidak,” katanya ditemui pemberita di persidangan International Unity in Diversity Conference 2020 di sini hari ini.

Ditanya sama ada pertemuan itu membincangkan peralihan kuasa sebagai Perdana Menteri, Anwar berkata, tiada perbincangan khusus dibuat.

“Kami bincang secara umum kepentingan, keperluan apa-apa untuk dirujuk ke Majlis Pakatan Harapan (PH). Kita tak bincang apa-apa khusus pun (peralihan kuasa),” katanya.

Jawatan Menteri Pendidikan kosong susulan peletakan jawatan Dr. Maszlee Malik pada Jumaat lepas.

Kelmarin, Anwar memuat naik gambar pertemuan dengan Dr. Mahathir di Twitter miliknya.

Pertemuan di Putrajaya itu katanya, bertujuan membincangkan perkembangan isu-isu semasa mutakhir ini sama ada dalam atau luar negara.

Antara yang turut disentuh termasuk hal ehwal berkaitan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dan penganjuran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang baru berlangsung pada penghujung tahun lalu. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadMenteri Pendidikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Aku Janji: Menteri Pendidikan Minta Semua Pihak Bertenang

Aku Janji: Menteri Pendidikan Minta Semua Pihak Bertenang

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memohon semua pihak bertenang dan memberi ruang kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menerangkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd