• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Artis Realiti TV Didakwa Rompak Warga Emas

oleh
08/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA TENGAH – Seorang wanita yang pernah menyertai rancangan realiti hiburan televisyen swasta antara tiga individu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang warga emas, Disember tahun lalu.

Tertuduh, Jamaliah Saadun, 48, bersama dua rakannya, Mohd Idris Yasmir, 34, dan Muhammad Dhirar Raihan, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Berdasarkan pertuduhan, ketiga-tiganya dengan niat melakukan rompakan berkumpulan ke atas harta iaitu rantai emas, wang tunai dan sebuah kereta dengan anggaran kerugian RM24,680 milik M Kesavan, 60 di tepi Taman Seri Emas, di sini, sekitar jam 3 pagi pada 15 Disember 2019.

Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Wirdah Mohd Yunos yang turut memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan berikutan tiada penawaran jaminan bagi ketiga-tiga tertuduh.

Sementara itu, Jamaliah dan dua rakannya diwakili peguam bela, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh.

Elesabet kemudian menetapkan 10 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula.

Pada perbicaraan berasingan, Jamaliah bersama seorang lagi rakan wanita, Madura Mahat, 40, mengaku tidak bersalah merompak telefon bimbit dan mencederakan Muhammad Miskeen Kind Marhoom, 70, dengan menyeret mangsa menggunakan kereta, di tepi jalan Seri Mangga 8, Taman Seri Mangga, jam 11.25 pagi, 18 Disember lalu.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Lyiana Zainal Abidin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula. – Sinar Harian

Tags: Jamaliah Saadunprogram realitirompakan berkumpulan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki OKU Kudung Tangan, Rakan Dituduh Lakukan Rompakan Berkumpulan

Lelaki OKU Kudung Tangan, Rakan Dituduh Lakukan Rompakan Berkumpulan

30/12/2024
0

BUTTERWORTH - Seorang lelaki yang berstatus orang kurang upaya (OKU) bersama rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Video: Comel Bila Ibu Peserta Running Man Berhijab

30/03/2017
0

RUNNING MAN merupakan rancangan realiti popular berbentuk candawara terbitan stesen TV Korea Selatan SBS, yang mula mencipta fenomena sejak ditayangkan pada Julai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd