• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tak Lapor Polis Dakwaan Tandatangan Palsu

oleh
07/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau tidak membuat laporan polis berhubung apa yang didakwa tandatangannya dipalsukan dalam minit mesyuarat pemegang saham SRC International Sdn. Bhd.

Najib, 67, bagaimanapun, berkata beliau tidak membangkitkan perkara itu dengan peguam belanya.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc, V Sithambaram sama ada beliau membuat laporan polis berhubung dakwaan tandatangan beliau dalam minit itu dipalsukan.

Sithambaram: Adakah anda memaklumkan kepada peguam bela anda bahawa dokumen (yang Najib dakwa mengandungi tandatangannya yang dipalsukan) tidak sepatutnya wujud?

Najib: Kami ada membincangkannya, ya.

Sithambaram: Oleh kerana dokumen itu tidak wujud, adakah anda buat laporan polis?

Najib: Tidak, berikutan perbicaraan sedang dijalankan.

Terdahulu, Najib mendakwa dokumen itu mungkin dipalsukan kerana beliau tidak ditunjukkan sebarang minit mesyuarat SRC International untuk ditandatangani.

Ditanya sama ada beliau melantik mana-mana pakar untuk memeriksa ketulenan tandatangan yang didakwa miliknya pada dokumen itu, Najib berkata beliau tidak ingat waktunya yang tepat.

Pada peringkat itu, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mencelah dengan bertanya Najib soalan yang sama (berhubung pelantikan pakar): “Adakah ini semasa pendakwaan kes?”

Najib menjawab: “Ya”.

Najib membela diri terhadap 7 pertuduhan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International, membabitkan 3 pertuduhan jenayah pecah amanah, 3 pertuduhan pengubahan wang haram dan 1 pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya berkaitan dana SRC.

Tags: Najib Tun RazakSRC International
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd