• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Batal Notis Kompaun SPRM Didengar 26 Februari

oleh
06/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Permohonan kebenaran semakan kehakiman bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan satu lagi bagi membatalkan notis kompaun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka berhubung dakwaan menerima wang dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan didengar 26 Februari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nordin Hassan menetapkan tarikh itu ketika pengurusan kes berkenaan di dalam kamarnya hari ini yang dihadiri peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman dan Mohd Haziq Razali mewakili ketiga-tiga pemohon dan Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambali bertindak bagi pihak Ketua Pesuruhjaya SPRM dan SPRM selaku responden.

Shahrul Fazli mengesahkan tarikh tersebut ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes berkenaan.

Shahrir, Ahmad Maslan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan. yang bertindak bagi pihak Puteri UMNO, memfailkan permohonan semakan kehakiman secara berasingan menerusi Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq antara November dan Disember lalu.

Dalam permohonan itu, ketiga-tiga pemohon memohon pengisytiharan bahawa keputusan dan tindakan responden kedua (SPRM) mengkompaun mereka melalui Tawaran Untuk Mengkompaun Kesalahan bertarikh 7 Oktober 2019 sebagai ultra vires, tidak sah, batal dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Ketiga-tiga pemohon juga memohon perintah bagi membatalkan keputusan dan tindakan responden kedua mengkompaun mereka selain memohon perintah untuk melarang SPRM daripada menguatkuasakan kompaun berkenaan atau meneruskan pendakwaan terhadap mereka.

Turut dimohon pengisytiharan bahawa kenyataan responden pertama (Ketua Pesuruhjaya SPRM) ketika sidang media berhubung keputusan mengeluarkan notis kompaun terhadap ketiga-tiga pemohon atas alasan untuk mendapatkan semula dana 1MDB yang dikatakan wang rakyat adalah pramatang, salah tanggap dan salah guna jawatan awam.

Pada 7 Oktober tahun lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, dalam sidang media, berkata SPRM telah mengeluarkan notis kompaun kepada 80 individu dan entiti yang menerima wang berjumlah RM420 juta dipercayai daripada 1MDB.

Latheefa berkata sembilan individu dan 71 entiti, terdiri daripada 23 syarikat, 43 organisasi politik dan lima yayasan dan organisasi menerima wang melalui cek yang melibatkan akaun bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tags: 1MDBAhmad MaslanShahrir SamadSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Iran Tawar AS$80 Juta Untuk Kepala Trump

Next Post

BSH 2020 Fasa Pertama Diagih 20 Januari Ini

Related Posts

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

08/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram yang...

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

07/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Tiga pegawai kepada seorang menteri kanan dipercayai telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini,...

Next Post

BSH 2020 Fasa Pertama Diagih 20 Januari Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd