• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lanjutkan Pengecualian Visa Pelancong China, India

oleh
01/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri bagi melanjutkan pengecualian visa kepada pelancong China dan India.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, ketika ini, pengecualian visa berkenaan kepada pelancong terbabit berkuat kuasa 1 Januari hingga 31 Disember tahun ini.

“Justeru, saya akan berbincang bersama beliau (Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin) terlebih dahulu. Saya akan menghubungi beliau sama ada hari ini atau esok.

“Dengan pengecualian visa ini, kita berharap dapat mencapai sasaran kedatangan pelancong ke negara ini,” katanya kepada media selepas menyambut ketibaan penumpang penerbangan Etihad Airways sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pengecualian visa selama setahun dengan tempoh lawatan terhad kepada 15 hari tanpa tempoh lanjutan bagi pelancong dari India dan China, mulai 1 Januari ini.

Menurut Warta Kerajaan bertarikh 26 Disember lalu, pelancong dari China dan India perlu berdaftar dalam sistem dan maklumat perjalanan elektronik disediakan Imigresen seperti tertakluk mengikut subseksyen 2(1) Akta Pasport 1966.

Berhubung program hari ini, Mohamaddin berkata, majlis sambutan itu diadakan secara serentak di 22 pintu masuk utama dan lokasi terpilih di seluruh negara sebagai inisiatif kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Kita menyasarkan kedatangan 30 juta pelancong ke Malaysia dan berharap akan mendapat perolehan RM100 bilion hasil kemasukan mereka ke negara ini.

“Sekiranya kedatangan pelancong ini melebihi angka 30 juta, perolehan ini akan meningkat sekali gus memberi manfaat kepada ekonomi negara. Saya berharap semua pihak tidak kira peringkat Persekutuan atau negeri akan turut memberikan kerjasama,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya akan menyertai pelbagai pameran di luar negara dalam mempromosi Malaysia selaras dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 antaranya di Brunei, India, Sepanyol dan Finland.

Terdahulu, Mohamaddin menyambut 294 penumpang yang tiba menerusi penerbangan Etihad Airways dari Abu Dhabi. – myMetro Online

Tags: Visa PelanconganWarga Chinawarga india
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

02/12/2025
0

SHAH ALAM: Seramai 24 warga asing dipercayai terbabit sindiket penipuan secara dalam talian dengan bekerja di pusat panggilan, ditahan menerusi...

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd