• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendekatan PM Ke-5, Ke-6 Punca Tak Capai Status Negara Maju

oleh
01/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendekatan digunakan perdana menteri ke-5 dan ke-6 dilihat sebagai antara sebab negara tidak dapat mencapai status negara maju, kata Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata wawasan yang dilancarkannya 3 dekad lalu tidak dapat dicapai pada tahun ini dan perlu dilanjutkan untuk tempoh 10 tahun lagi, iaitu pada 2030.

“Tahun 2020 ini agak signifikan bagi saya kerana hampir 3 dekad yang lalu kita lancarkan Wawasan 2020 dan menyasarkan tahun ini mencapai tahap negara maju.

“Tetapi, kerana beberapa pendekatan beberapa tahun lalu yang diambil pemimpin kerajaan ke-5 dan ke-6, maka wawasan itu tidak dapat dicapai pada tahun ini.

“Kita perlu lanjutkan tempoh itu selama 10 tahun lagi,” katanya di hadapan kira-kira 80,000 pengunjung sewaktu berucap sempena sambutan Ambang 2020 di Dataran Merdeka malam tadi.

Mahathir berkata 2020 diharap dapat memberi lebih nikmat dan kemakmuran kepada rakyat berbanding 2019, yang ditinggalkan dengan pelbagai kenangan pahit dan manis.

“Walaupun ada debaran dan sedikit kerisauan jika berlaku sesuatu di luar jangkaan yang mungkin merugikan dan menyusahkan, rata-rata kita perlu yakin bahawa usaha yang kita semai pada 2019 akan membuahkan hasil pada 2020.

“Kerajaan sedar bahawa sepanjang 2019 terdapat beberapa isu yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat. Kita akur dan peka dengan suara-suara tersebut dan usaha untuk memajukan negara ini tetap berterusan dan kekal sebagai satu amanah kerajaan hari ini,” katanya.

Mahathir turut memberitahu, rakyat di seluruh negara mempunyai peranan supaya sasaran kedatangan 30 juta pelancong antarabangsa dan pendapatan RM100 bilion dapat diraih sempena Tahun Melawat Malaysia 2020

Mahathir berkata negara mempunyai peluang besar dalam industri pelancongan dan ia terbukti apabila statistik aktiviti pelancongan negara terus berkembang setiap tahun.

“Bagi tahun 2019, prestasi industri pelancongan Malaysia dari Januari hingga September memperlihatkan kesan yang amat menggalakkan.

“Ketibaan pelancong asing ke Malaysia meningkat sebanyak 3.7% kepada 20.11 juta orang berbanding 19.39 juta orang bagi tempoh sama pada 2018,” katanya.

Bahkan, kata beliau, perbelanjaan pelancong asing bagi tempoh Januari hingga September 2019 turut menunjukkan peningkatan sebanyak 6.9% iaitu RM66.14 bilion, berbanding dengan RM61.85 bilion bagi tempoh sama pada 2018.

“Ia industri yang berupaya melibatkan setiap lapisan masyarakat dan tidak mempunyai had kepada sesiapa yang ingin menceburinya.

“Kesan limpahan atau `spill over effect’ amat menyeluruh dan rakyat boleh memilih untuk menceburinya mengikut keupayaan, kreativiti dan cita rasa diri masing-masing,” katanya. – FMT

Tags: Mahathir Mohamadnegara majuWawasan 2020
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd