• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Hampir Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh Setahun

oleh
31/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit hampir mencecah paras tertinggi dalam tempoh setahun berbanding dolar AS pada hari terakhir dagangan 2019, susulan dolar yang menyusut nilai selain kemajuan dalam rundingan perdagangan AS dan China.

Ringgit didagangkan pada 4.0980/1010 berbanding dolar AS daripada 4.1045/1085 pada penutupan semalam, nilai tertinggi sejak 30 Januari.

Ketua Strategi Pemasaran Asia AxiTrader, Stephen Innes, berkata ringgit menjejaki yuan China yang kukuh, disokong oleh jangkaan perjanjian perdagangan fasa pertama AS-China akan ditandatangani awal tahun depan.

“Yuan adalah barometer paling penting dalam memahami pergerakan dolar AS secara lebih luas, di tengah-tengah pertikaian perdagangan US-China, manakala dolar dijangka didagangkan lebih rendah dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” katanya kepada Bernama.

Innes berkata peniaga, bagaimanapun, terus berhati-hati terhadap ringgit, di tengah-tengah persekitaran luaran yang agak lemah.

“Ringgit juga semakin mengekori prestasi tinggi mata wang lain,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0389/0430 dari 3.0424/0458 semalam namun menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.7665/7703 daripada 3.7608/7655.

Mata wang tempatan itu meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3749/3793 daripada 5.3839/3908 dan tinggi berbanding euro kepada 4.5914/5956 daripada 4.5966/6019.

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd