• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umum Panglima Baharu ATM Pada 2 Januari 2020

oleh
31/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diterajui oleh panglima yang baharu pada 2020 apabila panglima yang ke-20 sekarang Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin akan bersara tidak lama lagi.

Persoalannya sekarang ialah siapa yang bakal dilantik sebagai Panglima ATM ke-21, adakah daripada Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Berdasarkan rekod, sejak 2011, jawatan Panglima ATM diisi oleh pegawai tertinggi daripada Tentera Darat. Kali terakhir jawatan itu diisi oleh TUDM ialah pada 2009 menerusi Tan Sri Azizan Ariffin manakala TLDM pada 2005 menerusi Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Pelantikan jawatan nombor satu ATM ditentukan menerusi Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Panglima Tentera Darat sekarang ialah Jen Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawi manakala Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima TUDM, Tan Sri Affendi Buang.

Affendi, 57, telah berkhidmat sebagai Panglima TUDM sejak 21 Disember 2016, manakala Ahmad Hasbullah, 58, dilantik sebagai Panglima Tentera Darat pada 3 September 2018 dan Mohd Reza, 56, dilantik sebagai Panglima TLDM pada 30 November 2018.

Bernama difahamkan tanda tanya siapa yang bakal dilantik menjadi Panglima ATM ke-21 akan terjawab pada satu majlis yang dijadual pada 2 Januari 2020.

Sementara itu, Zulkifli, 61, anak kelahiran Port Weld, Perak dilantik sebagai Panglima ATM ke-20 pada 20 Jun 2018 menggantikan Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang bersara wajib.

Pada 26 Disember Zulkifli telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador di Bukit Aman sempena persaraannya itu.

Satu majlis makan malam rejimental penghargaan telah diadakan pada 18 Disember lepas sebagai tanda penghargaan ATM kepada Zulkifli atas perkhidmatannya.

Tags: Angkatan Tentera MalaysiaPanglima ATM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Prebet Muhammad Amirul Raziq...

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd