• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembuangan Sisa Glycerine Punca Ikan Mati Di Rawang

oleh
31/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembuangan sisa bahan glycerine oleh pihak tidak bertanggungjawab disyaki menjadi punca pencemaran di longkang besar berdekatan Masjid As-Salam, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.

Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dalam kenyataan berkata semalam pihaknya menerima laporan daripada Pengurusan Air Selangor pada 7.30 malam mengenai pelepasan air berbuih dan ikan-ikan mati di lokasi 19.9km daripada Loji Pembersihan Air (LPA) terdekat iaitu LPA Rantau Panjang melalui Sungai Guntong itu.

“Siasatan oleh Luas, Air Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor mengesyaki ia berpunca daripada pembuangan sisa bahan glycerine ke lurang kumbahan pembentung awam Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) di kawasan perindustrian Kamunting Bukit Sentosa yang menyebabkan sisa air berbuih berwarna putih di kawasan longkang berhampiran sebelum memasuki Sungai Guntong,” menurut kenyataan itu.

Menurut Luas, pihak IWK diarah membuat kerja pembersihan pada lurang kumbahan terlibat dengan kadar segera.

Pensampelan turut dilakukan oleh Luas dan Air Selangor di beberapa lokasi pencemaran dan sehingga pukul 10 pagi tadi, pencemaran di Loji Sungai Selangor SSP 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dapat dielakkan.

Pada 21 Disember lepas, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya ekoran insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih, berpunca daripada perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu membuang bahan sisa buangan haram di lurang pembetungan sekitar loji milik IWK.

Susulan penutupan itu, bekalan air kepada 366 kawasan dengan akaun pengguna sebanyak 328,957 di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang terjejas.

Tags: glycerinepembuangan sisapencemaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

13/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Denda maksimum hingga RM20 juta dan pemenjaraan hingga 20 tahun adalah hukuman boleh dikenakan terhadap pihak yang...

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

14/01/2023
0

SHAH ALAM - Dua kes pencemaran sungai yang berlaku di lembangan Sungai Bernam dan Sungai Langat pada Jumaat hampir menyebabkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd